Want your
own Fotopage?














 
kenangan sepanjang jalan

By: zan adrieana

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage] | [Track this Fotopage]
[<<  <  1  [2]  3  4  5  6  7  8  9  10  11  >  >>]    [Archive]
Wednesday, 11-Mar-2009 13:52 Email | Share | | Bookmark
Mama's family vacation - Day 5 ( Jalan-jalan Sydney City )

 
 
 
View all 12 photos...








Hari ni kami sekeluarga jalan-jalan kat Sydney. Mama cakap dia nak ambil gambar seberapa banyak kat situ ( pastu nak tunjuk kat kawan-kawan opis dia ). Mula-mula kami naik feri dari Darling Harbour pusing sampai ke Sydney Opera House. Murah jer.. AUD $ 5 seorang. Kanak-kanak, tak payah. Satu yang ibu suka dekat sini, kalu nak masuk apa-apa tempat pun, budak kecik mesti free. Selalunya depa kira kanak-kanak yang dah bersekolah jerk.. Lama jugak kami menghabiskan masa dalam feri ni. Nurin first time naik feri, suka dia tengok ombak yang terpercik-percik bila dilanggar feri tu...

Lepas tu kami berjalan-jalan di George Street, ada banyak bangunan yang cantik-cantik kat situ. Antaranya bangunan kat Town Hall, Queen Victoria Building, Apple shop house..
Ermmm....apa lagi tanpa membuang masa, mama pun memulakanlah operasi posing mautnyer!!

>>salam.. seronoknyer tengok gambar mama jalan2 di sydneyni..
>>akak dapat membayangkan kalau ler akak diberikan kesempatan alangkah berbahagianyer..
>>suka ler sebab nampak bersihjer tempatni.. sejuk mata memandang..
>>akak bukak entry flash cardtu.. mama gunakan kat nurinkan..
menjadi tak?? mama ada buat sendiri tak??kalau ada leh tak bagi cara2 buatnyer.. tq
Thu 26-Mar-2009 08:15
Posted by:cho zila  - [Link]
re:

eyna: hehehee... masalahnyer pelancong2 tu xbyk bergambo.Kami jer yg over excited.. tak lama lg dah na

cho zila : 'mama' tu kak lang saya yg dtg bercuti di sini ( australia ) . Saya ni ibu nurin . Ermm...psl flash card tu, saya beli jer kak, takder masa nak membuatnyer. Lagipun tgn ni mcm kayu bila sampai tang melukis tue
Thu 26-Mar-2009 10:02
Posted by:izzulyfa  - [Link]
alaaaa ingat nak g GC .. leh jumpa ko.. singgah sydney
asal cepat sgt.. suh ah co parlie smbg lagi ..
Fri 27-Mar-2009 02:45
Posted by:eyna
View all 4 comments Add comment


Monday, 9-Mar-2009 09:57 Email | Share | | Bookmark
Mama's family vacation - Day 3 & 4 ( Tuggerah Lake, Erina Fair )

 
 
 
View all 9 photos...
Tuggerah Lake!! hehehee... sebenarnya hari ketiga ni diorang jalan-jalan kat sepanjang tasik di depan rumah kami jer tu . Memandangkan hari ni babah kerja, so kami tak ke mana-mana pun. Lepas sembahyang Asar, ibu bawa mama sekeluarga jalan-jalan dekat tasik. Jadilah...tengok ikan, bangau, itik..

Hari keempat pun babah kena kerja jugak, so ibu ajak mama sekeluarga ke Erina Fair Shopping Complex dengan menaiki bas jer. Adventure jugak hari tu, sebab kitorang bershopping sakan ( barang makan jer ) sampai tak ingat dunia, tak sedar yang kitorang datang tadi naik bas. Last-last amik kau, setiap sorang kena pegang 4 plastik bag. Dahlah berat semuanya ... Pastu masa time balik lagi happeningz, kat dalam bas budak-budak semua tertidur kepenatan... Bila dah nak sampai tu kelam-kabutlah jugak, nak kejutkan diorang, dengan barang-barang lagi.. Kesian..semua mamai-mamai turun bas

>>salam kenal.. suka kalau tasek2ni.. nampak tenang jer..
>>kelakarler.. temanpun ada juge gitu.. orang pompuan kot..
Tue 24-Mar-2009 06:38
Posted by:cho zila  - [Link]
re:

spirits : tq

<<jeff>> : tq lagi

farah : boleh farah, no problem!

eyna : apalah ko ni na, dah dressing lawa2 xkan nak pakai kendong bibik tu . Infact, kalu masukkan budak-budak tu pun, mau koyak rabak kain .

cho zila : selamat berkenalan
Tue 24-Mar-2009 14:30
Posted by:izzulyfa  - [Link]
pemandangan yang cantik, Tue 24-Mar-2009 23:33
Posted by:amboii  - [Link]
View all 7 comments Add comment


Sunday, 8-Mar-2009 12:24 Email | Share | | Bookmark
Mama's family vacation - Day 2 ( Hunter Valley )

waterfall...
river...
macam kenal jer...
View all 14 photos...




Hari kedua kami bawa mama sekeluarga jalan-jalan di Hunter Valley. 1 jam setengah jer perjalanan dari rumah kami. Sebenarnya ibu memang dah plan nak ke sana hujung bulan Feb haritu, tapi memandangkan mama nak datang bercuti di sini, maka kami pun tangguhkanlah hajat dulu supaya dapat pergi bersama mama sekeluarga nanti. Yelah, kalu pi ramai-ramai tu bestlah skit kan...

Hunter Valley ni terkenal dengan ladang anggur, horse riding, kilang buat wine, hot air ballon dan rose garden.. Memang cantik tempat dia, tapi kami datang wrong timing sebab sekarang ni bukan musim anggur berbuah. Kesian mama, dia beriya-iya benar nak ambil gambar sambil pegang buah anggur ( yang tergantung di pokok ).. tapi sayang pokok semua dah tua, anggur pun tinggal yang kecut-kecut jer . Bunga pun tak berapa cantik berkembang, maklumlah sekarang ni dah nak masuk autumn...

Hari tu memang panas terik, rasa macam nak terbakar jer kulit ni ( dah lama tak kena panas hehehee... ). Bila dah panas tu tau-tau jerlah mulalah rasa lapo dan dahaga. Nasib baik, kami bawa banyak bekal. Selepas penat berjalan, kami sekeluarga duduk di bawah pokok untuk berehat sambil mengisi perut yang dah berkeroncong. Menu kami haritu ialah nasi lemak, sandwich, buah-buahan dan jajan sebagai kudap-kudapan. Banyak gambar yang kami abadikan di sini.. Ambil gambar saja lah.. Teringin jugak nak naik hot air ballon tu tapi tak mampu.. mahal sangatlah










cantiknyeeeeeeeee gambar2. bertuah ye dpt jln2 tmp cantik gini Sat 21-Mar-2009 16:34
Posted by:jehan najib zygzaggy@gmail.com  - [Link]
cantiknye tempat nie...beruntung dapat berjalan sampai sana kan....
hijau je sume kat sana kan...
panas ke k.apis kat sana?sian ek...
Sun 22-Mar-2009 02:09
Posted by:ila norazilah.mj@felda.net.my  - [Link]
Add comment


Saturday, 7-Mar-2009 08:28 Email | Share | | Bookmark
Mama's Entry - Day 1

 
 
 
View all 7 photos...




Entry ni berdasarkan tarikh sebenar ( baru ada masa nak update )

Mama ( Mak Lang nurin yang dia panggil mama ) sekeluarga datang melawat kami sambil bercuti selama seminggu di sini. Seawal pukul 8 pagi kami dah bertolak untuk mengambil mama, ayah, abang farhan dan abg farihin di Sydney airport. Mula-mula tu bila nurin nampak mama kat airport, dia macam tercengang-cengang jugak. Maklumlah dah lama tak jumpa kan..Tapi bila mama start panggil nurin, dia terus berlari sambil tersenyum-senyum mendapatkan mama. Ibu tengok sepanjang hari tu nurin senyum jer, seronok agaknya bila dapat kawan. Nurin ni memang ‘ngam’ sangat dengan abg e’en. Dia pun manja dengan mama dan ayah…

Selepas ambil mama sekeluarga di airport, kami bawa mereka berjalan-jalan di Sydney Opera House untuk ambil-ambil gambar. Ibu tau, depa semua masih penat lagi sebab tu tak mau bawa berjalan jauh. Cukuplah berehat-rehat di SOH sambil mengabdikan gambar. Nasib baik ibu dah bekalkan pizza untuk depa mengalas perut sebelum makan tengahari. Pagi-pagi lagi ibu dah bangun menguli tepung tau … Sepanjang masa dekat situ nurin sentiasa berpimpinan tangan dengan abg e’en. Suke tengok gelagat mereka berdua, cute sangat!!

Kami singgah di Paddy’s Market untuk beli ikan dan sedikit barang dapur. Selepas tu terus menuju ke Restoran Pondok Buyung kepunyaan orang Indonesia yang terletak di Kensington. Bila semua dah kenyang, kami pun bertolak balik untuk bagi peluang pada mama sekeluarga berehat.


ooo rombongan cik kiah sudah sampei ke sana ehhh ..
hepi ehh nurin.. nenek kiwim apa??
Fri 20-Mar-2009 06:56
Posted by:eyna
ila : ermm..berjalan sakan ila. tak pernahnyer sehari pun kitorang duduk di rumah sajer. Asik berjalan, dekat-dekat pun jadilah bak kata k.uji ..

jeff : bro, scan lah gambo-gambo dulu tu. bleh upload kat sini apa

eyna : kalu boleh ibu nak wan kirimkan macam2. tp tau jerlah, sini kastam straight skit bab mknn. tak maulah mama kena tahan lama kat quarantine line tu. dulu nak bawa masuk susu nurin pun skit punya susah..kena bawa pack baru (belum dibuka), declare, pastu kena scan, siap di belek-belek lagi ingredientnyer
Fri 20-Mar-2009 13:11
Posted by:izzulyfa  - [Link]
betol laa sana kan strict.. bwk masuk menda2 makanan pon takleh.. dulu aku bwk ubat batuk cap ibu ngan anak.. (tapi aku dah declare) pon kene cempak gak hehehe.. biol ekk.. a ah susu kalau lom bukak takper kan zan.. ingredient tu yg diorang takot sgt lembu2 diorang tu leh kene 'sesema lembu kot' hahaha.. oz ni dah ala-ala nz plak kan.. hmm Tue 24-Mar-2009 01:50
Posted by:eyna
View all 5 comments Add comment


Friday, 27-Feb-2009 12:00 Email | Share | | Bookmark
AAC




Mungkin ramai yang dah pernah nenonton filem ni. Tapi ibu nak tulis jugak kat sini .Ibu bukanlah peminat filem-filem Indon sebenarnya. Ibu pun tak rajin mengikuti perkembangan dunia perfileman di sana. Seingat ibu filem Indonesia yang pernah ibu tonton hanyalah Ada Apa Dengan Cinta, masa tu ibu study lagi. Itupun sebab banyak gembur gembur mengatakan filem tu best, cerita yang sangat sesuai dengan jiwa remaja. Tapi bagi ibu cerita tu takderlah best mana pun. Ni pendapat ibu ok.. maybe sesetengah orang kurang bersetuju dengan pendapat ni…so no heart feelings, bak kata aunty Eyna! . Banyak juga filem-filem Indon selepas itu yang meletup-letup di pawagam kita. Antaranya filem lakonan Archa dan Irwan tu..Apa ntah tajuk dia, ibu pun tak ingat dah.. Bila ibu baca sinopsis filem-filem Indon lain ni kat media, ntahlah tak rasa macam menarik pun nak ditengok sehinggalah ibu terbaca ulasan filem Ayat-Ayat Cinta di PancaIndera sempena kejayaannya yang mengaut banyak anugerah di beberapa festival filem yang dianjurkan seluruh di Asia. Terdetik juga nak tengok filem tu, sipnosis macam menarik, tapi biasalah..susah skit sekarang ni. Komitmen banyak .. Tapi bila ibu terlihat iklan filem ini yang akan ditayangkan di TV3 sempena hari raya tahun sudah memang ibu happy giler. Siap bagitau babah awal-awal, pada tarikh sekian-sekian ibu dah cop nak tengok movie ni .

Mula-mula babah mengomel jugak ( husband saya tak minat betul dengan cerita Indon, baik filem mahupun drama ) tapi ibu buat tak tau jerk heheheee.. Selalunya kalau ibu tengok cerita yang babah kurang minat, dia akan terus naik atas tidur dengan nurin. Tapi kali ni ibu tengok babah setia bersandar di sebelah ibu menonton filem tu ... Filem cinta yang diadaptasikan dari sebuah novel tulisan Habiburrahman El Shirazy ini memang bisa meruntun jiwa dan menyedarkan kita bahawa cinta kepada yang Agung perlu melebihi segala-galanya. Antara yang sangat menarik bagi ibu tentang filem ini ialah :

1) Bila ia memaparkan watak Maria seorang gadis Koptik (Arab Mesir yang beragama Kristen) yang hafal Al-Quran, dan selalu berbincang dengan Fahri tentang isi kandungannya. Mesej? Ilmu itu tidak kira apa pun, kita boleh pelajari selagi ia mendatangkan kebaikan..

2) Lagi satu, babak bila Fahri disumbat ke dalam penjara di atas tuduhan merogol. Fahri selalu mempertikaikan ( bertanya kepada Tuhan ) mengapa dia harus ditimpa musibah sedemikian sedangkan dia seorang yang sangat patuh pada perintah agama. Dan waktu itu seorang banduan telah menyedarkan dia supaya cuba bermuasabah diri, jangan menganggap bahawa kita manusia sempurna…yang terbaik..yang paling soleh… Ibu rasa apa yang cuba dipaparkan di situ ialah walaupun kita selalu digambarkan oleh orang lain sebagai seorang yang sangat alim, sangat baik..sebenarnya kita tetap ada kekurangan selagi kita bernama manusia. Dan jangan memandangkan rendah kepada orang lain kerana mungkin dia lebih tinggi dari kita di sisi Tuhan..

Tak payah cerita banyak, kesimpulannya filem ni memang best. Ibu tak bosan nak tonton banyak kali. Jika anda ingin mencari kelainan dalam filem cinta, yang benar-benar cinta…inilah dia..

Bak kata Dr Azwan dalam blognya ..

“Filem ini penuh dengan mesej yang sarat, menampilkan elemen keislaman yang fundamental tetapi tetap bermotifkan cinta, tetapi cinta yang lebih agung.... bukan Cinta Fotokopi atau Main Main Cinta…”



Fizan kat mana yer..Adik ipar kak Dila kat Western University Perth..
Bila balik M'sia nih..???
Thu 5-Mar-2009 08:45
Posted by:Mama Dina&Dani  - [Link]
Huhuhu. Tak tengok lagi cerita ni. Actually takut nak tengok sebab takut nanti menangis2.. Hehehe. Fri 6-Mar-2009 12:46
Posted by:Amyz  - [Link]
Aku siap pinjam novel Ayat Ayat Cinta nih kat adik aku sbb org kata best..tapi pinjam dari pregnant sampai dah bersalin tak baca-baca...xminat sgtla baca novel Tue 17-Mar-2009 08:12
Posted by:Asma
View all 7 comments Add comment


Friday, 20-Feb-2009 05:39 Email | Share | | Bookmark
Celebrity??


Which one do you prefer?

Them?..


or
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
her...




amboiiiii , pandai nyer si kecik nie bergaya erk..cam ibu dia jugak...... bila nak balik malaysia nie??? Mon 23-Feb-2009 02:44
Posted by:aini noraini252002@yahoo.com
mestilaa nurin hehehe sebab ada gmbr baju seksi ropol2 woooo Mon 23-Feb-2009 06:58
Posted by:eyna
re:

aini: Nnt kalu kitorang dah balik, jemputlah dtg umah, bwk 'abang' skali

eyna: baju seksi ropol?? harhahahaa.. tu swimming suit, mak ngah nurin yang bagi
Wed 25-Feb-2009 12:21
Posted by:ibu nurin  - [Link]
Add comment


Saturday, 14-Feb-2009 12:00 Email | Share | | Bookmark
Unpredictable

 



Dah 2 minggu ibu asyik jemur kain dalam rumah jer..Garaj lah tempat ibu mempamerkan kreativiti menyidai kain dengan menggunakan batang penyapu dan batang mop! . 2 minggu yang lalu, cuaca sangat-sangat panas. Matahari macam terpacak betul-betul atas kepala. Tapi skang ni, tak kira siang atau malam hujan mesti turun.. Orang sini cakap, sejak berlakunya tsunami, cuaca dah jadi tak menentu. Dalam musim summer pun, hujan boleh turun sepanjang minggu.. Dalam Spring, suhunya sejuk beku..dan sesetengah tempat sampai diliputi salji! Ibu ingat lagi, masa baru-baru sampai dulu, pukul 5 pagi dah mula terang. Matahari dah nampak dalam pukul 6. Bayangkan bila ibu puasa ( ganti ), ibu kena bangun sahur pukul 3.30 pagi sebab pukul 4 dah masuk waktu subuh! Tapi terpaksa berbuka lambat sebab maghrib jatuh pukul 8 malam... Lama kan?

Rumput di halaman rumah kami pun dah panjang sangat, yelah sapa nak datang potong dalam hujan-hujan begini? Tapi ok jugak, tengoklah pokok daun sup ibu tu. Dah tumbuh dengan majunya. Nanti ibu nak tanam daun bawang plak hehheee... Yelah, kita nak guna pun bukannya selalu. Kalau guna pun sikit-sikit jer.. Bukan selalu nak masak sup..bukan selalu nak buat bergedel .. Kat sini, nak dapat daun sup susah.. Kat Paddy's Market jer yang ada. Depa panggil Chinese Salary.. Kalu nak beli kena beli seikat, banyak tu... Taulah, daun ni bukan bleh simpan lama. Buat apa nak beli banyak-banyak kan..

Balik Malaysia nanti ibu nak buat ladang sayur kat belakang rumah. Pokok serai dan pandan ibu dah berjaya tanam ( hai apalah cerita pokok-pokok bunga saya tu, nasib baik jiran sebelah volunteer nak tolong jaga ). Lepas ni ibu nak tanam pokok daun sup, daun bawang, pokok cili padi, pokok limau purut, lepas tu balik Sg. Petani nak cilok 1 pasu pokok kari nani ( nenek nurin sebelah babah ) kekekeekee ...


p/s : Condolence to Victoria's people who lost their love one in Bushfire tragedy as well as Flash Flood victims in Queensland..

hai izan....sp tu kampung halaman aku tuh....nenek nurin tuh dok sp kat ner? Tue 24-Feb-2009 06:45
Posted by:jida  - [Link]
re:

tak silap aku, nama dia tmn cinta sayang kot.. hang kat batu 2 eh? congrats for new baby ok
Wed 25-Feb-2009 12:08
Posted by:ibu nurin  - [Link]
Add comment


Thursday, 5-Feb-2009 11:37 Email | Share | | Bookmark
My little princess


Care to comment?


Thursday, 29-Jan-2009 09:30 Email | Share | | Bookmark
Holiday In Gold Coast, - Last Day

 
 
 
View all 5 photos...


Pagi-pagi lagi kami dah keluar dari motel. Maklumlah, kat sini check out mesti pukul 10pagi, mandatory tau!! Kalau tak, kena charge mengikut jam seterusnya . Kami terus bertolak ke Brisbane sebab flight pukul 2 petang. Sajer jer bertolak awal sebab tak mau kelam kabut nanti, lagipun kami nak membeli belah apa yang patut skit ( hehehee..itulah yg sebenonya ). Sampai Newcastle pukul 4 petang. Kami singgah makan nasi beriani, pastu terus bertolak balik.

Walaupun tak bercuti lama, tapi ibu puas hati..especially bila tengok nurin happy.
Nanti kalau ada orang yang megah bercerita tentang Gold Coast, kami bolehlah jawab.. " Dah pergi dahhh!!.."

wow.pi gold cost
itu kisah kau di sana..hang dgr plak kisah aku aku translate based kisah kau disana

Pagi-pagi lagi aku dah keluar dari rumah. Maklumlah, kat sini check in mesti pukul 8.30pagi, mandatory tau!! Kalau tak, kena warning letter seterusnya . Aku terus bertolak ke Opis sebab jem start pukul 730 pagi. Sajer jer bertolak awal sebab tak mau kelam kabut nanti, lagipun bleh la monitor sapa datang lewat ( hehehee..itulah yg sebenonya ). Sampai Opis pukul 820 pagi. Aku singgah makan nasi beriani, pastu terus baru masuk opis.


Mon 16-Feb-2009 07:35
Posted by:salihin
re:

harharhahaaa... wei, aku dah lupalah schedule kat sana . warning letter? dpt lagi ker? kuikuikui..
kiim slm kat kekawan yer.. ckp lain kali kuar keje awal skit supaya tak kelam kabut nanti
Mon 16-Feb-2009 12:17
Posted by:fiszan
Add comment


Wednesday, 28-Jan-2009 10:28 Email | Share | | Bookmark
Holiday In Gold Coast - Day II

 
 
 
View all 18 photos...






Memandangkan cuti babah tak lama, kami pun berjalan mana yang sempat jer lah..
Mula-mula kami pergi ambil gambar dekat AMPOL , ni tempat bot-bot persendirian berlabuh. Tapi tak bolah masuk ke dalam sebab takder pass.. Cuma owner jer yang boleh berada dalam kawasan jeti tu.. Banyak bot yang cantik-cantik tau, mewwahhh!!

Antara tempat popular di Gold Coast ni, selain pantai dia.. ialah Dreamworld Theme Parks. Dreamworld terbahagi kepada tiga : Warner Brothers Movie World, Wet 'n' Wild Water World, and Sea World - the largest marine park in the Southern Hemisphere.. Kami memang tak mau pergi Water World tu, maklumlah bawak budak kecik kan..ntah apa jer yang boleh di main nanti.. Takkan setakat nak mandi kolam jer bayar mahal-mahal tu.. Sea World pun tak mau masuk , sebab babah cakap kita baru jer pergi akuarium Sydney.. alih-alih tengok ikan jugak . Nampaknya memang kami ke Warner Brothers Movie World jerlah. Tempat ni memanglah sangat-sangat sesuai untuk kanak-kanak. Bayaran masuk untuk orang dewasa AUD $69, untuk kanak-kanak AUD $45. Kat sini ada permainan yang bertemakan kartun kegemaran kanak-kanak. Dia lebih kepada family theme park lah tue.. Ada Shrek, Looney Tunes, Batman, Superman, Coyote, Tweety..and macam-macamlah lagilah… Ada juga permainan untuk orang dewasa macam Lethal Weapon The Ride, Batwing Spaceshot, Wild West Falls, Road Runner Roller Coaster, Superman Escape, Action Stunt Show.. ishh banyak lagilah!.. Kami berkesempatan menonton Shrek 4D Adventure. Ala-ala wayang 4D camtulah.. Setiap orang dibekalkan dengan cermin mata 4D sebelum masuk. Memang best sangat. Mula-mula tu ibu risau jugak kalau-kalau nurin menangis ketakutan, maklumlah gelap kat dalam tue.. Tapi dia ok jer, Cuma cuak skit bila kerusi yang kitorang duduk ni bergerak-gerak mengikut adengan. Kejap terjongket, kejap melambung!! Bila Shrek bersin, tiba-tiba jer terasa macam disembur dengan sesuatu. Ntah dari mana datang ntah.. Terkebil-kebil si nurin bila air masuk mata dia heheheeee.. Bila fairy kecik datang nak selamatkan Princess Fiona, nampak macam dia terbang betul-betul depan mata. And yang paling gerun, bila Donkey dikejar dengan beribu-ribu spider, dengan tak semena-mena terasa geli-geleman macam ada sesuatu merayap kat kaki nie.. Auuwww!! :surprised: Sepanjang menonton tu ibu tengok nurin pegang jer dia punya spec tu, maklumlah spec tu lebih besar dari dia .. Kalu tak pakai, tak best gambo nampak blur jerk..



Penat bermain, lapo?? Jangan risau sebab kat sini ada disediakan restoran makanan halal. Makan ala-ala buffet, harga berdasarkan package yang diambil. Jika anda memilih untuk makan sekali sahaja, maka satu kepala dikenakan bayaran sebanyak AUD $ 23 dan AUD $27 setiap kepala jika anda memilih untuk masuk berulang-kali anytime yang anda suka. Harhahaha..macam iklan plak

Kat dalam situ jer kami dah abiskan masa berejam. Pukul 3.00 ada Wall Street - All Sar Parade, Masa sini semua favorites cartoon character akan berarak di sepanjang jalan utama taman tue.. Tu yang orang semua tunggu-tunggu sebenarnya, sebab lepas jer abis perarakan semua sibuk nak balik dah… Ada jugaklah yang tunggu untuk ambil gambo, tapi ibu malaslah nak tunggu ramai-ramai tuuu.. So, dalam hujan gerimis, kami pun berangkat pulang. Ibu ingat petang tu nak berjalan di pantai, tapi hujan kan... Terpaksalah batalkan niat, last skali kami keluar masuk kedai jer lah hehhheeee…




Malam tu, kami habiskan masa mencari souvenir and jalan-jalan... Kat sini dan Melbourne malam-malam pun hidup, kedai masih banyak yang bukak. Tak macam kat Sydney, kul 5;30pm jer sumer dah sibuk nak tutup kedai.. Balik dari jejalan, ibu terus telefon wan, maklumlah hari ni ucu bertunang…Ibu telefon ucu tak dapat.. Wan baru sampai dari rumah pengantin pompuan kat melaka. Alhamdulillah wan cakap semuanya berjalan lancar.. Selamat bertunang Ucu!!


p/s : nak tengok gambo ucu bertunang?



besar ke Theme Park dia zan??.. sepanjang dlm tu kita kene jalan kaki ekk??
makanan susah ker senang??.. (haa byk aku nak ty nih) kekekek ..

**chanteknyer gmbr tunang tuu.. tu tunang ke kawen zannn????!!
Sun 8-Feb-2009 07:48
Posted by:eyna
re:

besarlah jugak.. a'ah kat dlm tu kena jalan kaki jer. makanan kat mana? kalu kat dlm tu mmg ada restoran halal. Kalu kat Surface Paradise pulak rasanya ada 2-3 kedai makan halal.
haa.. tu br bertunang tu na.. kalu kahwin tak taulah plak nnt
Fri 13-Feb-2009 10:19
Posted by:izan
Add comment


[<<  <  1  [2]  3  4  5  6  7  8  9  10  11  >  >>]    [Archive]

© Pidgin Technologies Ltd. 2008.