|
|
| Tuesday, 27-Jan-2009 10:43 |
Email | Share | | Bookmark |
|
Holiday In Gold Coast
|
|
- Day 1 -
Kami saja jer turun dekat Brisbane airport, sebabnya sebelum bergerak ke Gold Coast tu blehlah ibu cuci-cuci mata. Brisbane ni bandar dia kecik jer. Kalu Melbourne tu aunty eyna cakap macam beso kotak mancis, yang ini macam batang mancis kot hehheee..bleh ker? Tapi dia punya town arrangement sama jer macam Melbourne and Sydney tu.. Tempat lain ibu taktau lah kan… Yang tiga town ni memang sebijik…
Kami sewa kereta masa kat airport, sewa Toyota Yaris..murah jer satu hari AUD $25. Sampai kat Brisbane lebih kurang pukul 9.50 pagi. Kat sini waktu dia awal sejam daripada Sydney. So, kami pun kenalah pusingkan jam awal sejam jugak.. Lepas berjalan dan ambil gambar lebih kurang, kami pun bertolaklah ke Gold Coast. Dari Brisbane ke Gold Coast lebih kurang 1 jam jer. Lagipun orang hotel tu dah sibuk telefon babah, tanya bila nak check-in . Kami duduk motel jer, tapi beso jugak. Ada satu bilik dengan satu bilik air, ada dapur, microwave oven, peti ais, washing & dryer machine, meja makan, sofa and tv tu biasalah kan..dan yang paling nurin suka sebab ada swimming pool kat luar!! Asik nak ajak terjun kolam jer dia tue.. Tapi ibu terlupa nak ambil gambo lah..
Malam tu kami makan kat Restoran Maharani kepunyaan orang Malaysia. Macam-macam ada, pengat pisanglah, pisang goreng aiskrimlah, bubur kacanglah, sate lah.. Ermm..apa lagi kami pun lepas gianlah.. makan sepuasnya..( babah cakap untuk belanja makan kat sini jer kami abis dekat AUD $250 heheeehe. . ). Nasib baik pagi kami breakfast roti and cornflakes jer.. Kalu tak, lagi banyaklah agaknyer..
Kat Gold Coast ni banyak bangunan tinggi-tinggi. Banyak hotel and apartment. Motel kami kat Surfers Paradise, kiranya Surfers Paradise ni nadi Gold Coast lah.. Bandar kecil di pinggir pantai..
|
|
|
|
|
|
| Tuesday, 20-Jan-2009 08:51 |
Email | Share | | Bookmark |
|
Sabtu yang panjang...
|
|
Hari Sabtu lepas babah bawak kami jejalan kat Sydney. Maklumlah, dah gaji katanyer Tapi sebelum tu kami singgah di Auburn sebab ibu nak beli daging. Kat sini ada banyak kedai halal, ada kedai jual daging, bakery,restaurant, pharmacy and clinic..semua orang Arab punya... Nilah kali pertama kami beli daging mentah sejak menjejakkan kaki kat Australia nie.... . Pastu kami singgah sat dekat Sydney Olympic Park di mana dekat sinilah akan berlangsungnya acara sukan olimpik setiap kali Australia menjadi tuan rumah. Ermm.. ibu rasa kan..lawa lagi Stadium Bukit Jalil
Dekat Sydney, mula-mula tu kami pergi Paddy's Market sebab ibu nak beli barang dapur and sayur. Pastu makan dekat Casturi Cafe (kepunyaan orang melayu). Lepas tu plak babah bawa kami masuk Sydney Aquarium.. Besar juga, lebih kurang macam KLCC Aquaria tu lah ... Nurin macam biasa, excited giler!. Tapi takut juga dia bila tengokkan replika crocodile and shark tue .. Paling best bila tengok dugong. Orang kata...oranglah kata kan.. ibu pun taktau betul ke tak.. dugong tu sbenarnya lah duyung.. Ermm..ada persamaan ker? rupa? bentuk?? Dan lagi..Untuk menyedapkan cerita (dongeng??), orang yang pertama menjumpainya mengatakan bahawa dia adalah separuh manusia laut yang berparas seorang wanita tetapi mempunyai ekor.. logik?? tak ada logika?? Tapi kalau u all tengok dia punya ekor..bila dia berenang..memang sama macam 'Duyung' Maya Karin tue, or citer-citer duyung yang lain..series beb!!..aku tak tipu..
Anyway, memang syok sebab aquarium tu terletak di pinggir laut berhadapan dengan Darling Harbour. So, bila kami berjalan kat dalam tuuu..dengan ikan-ikan berenang-renang di tepi dan diatas.. percaya atau tidak, kami sebenarnya berjalan di dalam laut!!
|
|
|
|
|
|
| Thursday, 15-Jan-2009 11:09 |
Email | Share | | Bookmark |
|
" Happy Birthday To Me! "
|
|
Hadiah dari babah...
|
|
|
|
|
|
| Friday, 9-Jan-2009 12:00 |
Email | Share | | Bookmark |
|
"Bermula"
|
|
Ibu ingat lagi masa malam new year tu, mat saleh-mat saleh yang kami jumpa semuanyer happy giler. Sedar ker, separuh sedar tuu..ibu pun tak pasti. Dengan muka merah-merah..berpeluh-peluh..tak pakai baju.. Ada yang siap peluk-peluk babah and Uncle Rock, nasib baik dengan ibu depa nak salam jerk.. Bau takpayah citerlah..
Kenapa agaknyer depa happy semacam? Ibu kompius jugak sebenarnyer.. Kitorang pun sambut gak, tapi rileks jer.. Or maybe..depa dah berjaya melangsaikan azam-azam depa untuk tahun 2008 kot.. Tu yang suker sangat tu kot..maybelah kan.. Ada point..ada point!
Ermm..bercakap pasal azam ni, camana dengan azam ibu yang sudah?
Antara azam 2008
1. Nak beli rumah - Succeed
2. Nak kurus - Not yet
3. Nak kurangkan makan - U' uh...
4. Nak luangkan lebih masa bersama keluarga - Hehee.. sekarang pun saya sedang bercuti panjang...
5. Nak attend kelas aerobik -
Nampaknyer yang tak langsai tu jadi baki di bawa ke depan lah gamaknyer.. Sebenarnya ibu pun tak sempat lagi buat list azam untuk tahun 2009 nie.. Errr..kena buat ker... Camna dengan korang? dah ada list?
Eh, tapi skang dah braper haribulan ek..huh??
|
|
|
|
|
|
| Thursday, 1-Jan-2009 12:00 |
Email | Share | | Bookmark |
|
Bye Bye 2008
|
|
New Year celebration in Sydney.. Ini kali pertama Nurin tengok persembahan bunga api secara live. Memang dia seronok sangat.. Menjerit-jerit macam orang kena hysteria jerk..
Seawal pagi dah ada konsert ‘pentas terapung’ di Harbourside, Darling Harbour.. Darling Harbour ni ‘Alcohol Free Zone’, Tempat orang yang dah berkeluarga jer..Ada ramai polis yang berkawal kat situ. Kami sampai lewat, nasib baik Uncle Fitri dah cop kan tempat yang paling best.. Port kami di Darling Bridge, memang strategic. Masa kami sampai orang dah ramai yang datang, bentang tikar di sepanjang harbourside..duduk bersila bersama keluarga..
Persembahan bunga api kat sini ada 2 bahagian. Yang pertama bermula seawal pukul 9 malam lagi. Memang cantik, heheehe.. Cuma gambar yang ibu ambil ni jer tak berapa cantik, sebab maklumlah dahlah tak terrer, kamera murah plak tue .... Mana tak cantik, bunga api tu diletakkan terapung di tengah-tengah tasik di depan Harbourside. Persembahan pertama berlangsung dalam 20minit. Rasa macam tak puas jer.. Pastu kami nak bertukar port plak. Untuk bahagian yang kedua pukul 12 tu kami nak menonton di tengah-tengah kawasan antara Harbour Bridge dan Sydney Opera House. Kami berjalan kaki jer menuju ke sana.. Tiba-tiba bila kami sampai di George Street, kami dikerumuni dengan ribuan orang yang juga sedang berjalan menghala ke sana. Memang happening, macam tengah reformasi pun ada jugak rasanya. . Yang bezanya, depa semua pegang botol, instead of kayu or parang … Ada yang siap bawa gendang sekali tuu… Time depa berjoget-joget tak hingat dunia, ibu rasa cuak jugak.. Tapi nasib baik kami ni ramai bodyguard. Uncle Li dan Uncle Rock berjalan antara kami supaya orang lain tak boleh datang dekat.. Nurin tak pulak mengantuk, tapi dia tercengang-cengang jugak bila tengok orang ramai-ramai .. Malam tu kami tidur di Malaysia Hall..Sebelum pejam mata ibu tengok jam dah pukul 3 pagi..
Selamat tinggal 2008...
Semoga 2009 lebih menjanjikan kesejahteraan dan kejayaan buat kita semua...
|
|
|
|
|
|
| Sunday, 28-Dec-2008 12:00 |
Email | Share | | Bookmark |
|
Goodbye Melbourne
|
 |
|
nasib baik tak terbang tudung ibu...
|
|
 |
|
me, nurin and aunty Roha
|
|
 |
|
nurin excited nak naik..
|
| | View all 10 photos... |
|
Hari ni kami akan bertolak balik… Tapi sebelum tu, kami akan singgah di Port Campbell, National Park. Kat situ ada 12 Apostles yang sangat cantik. Masa kerajaan jumpa tempat tu memang ada 12 ketul tebing batu semulajadi yang berdiri tegak di tepi pantai, terhasil dari hakisan ombak. Tapi masa kitorang pergi tue..dah tinggal 8 jer. Yang lain dah terhakis.. Menurut katanya, 8 tu pun dah tak lama dah.. kiranya sebelum tempat bersejarah tu musnah, kami semua sempatlah amik gambo sebagai kenang-kenangan untuk dilihat oleh anak cucu nanti .. Memang cantik dan sangat-sangat mengkagumkan!. Menurut kajian, kejadian tebing batu ni memakan masa beribu tahun untuk terhasil.. Kuasa Tuhan kan.. melebihi segala-galanya .
Untuk lebih adventure, ada disediakan perkhidmatan helicopter bagi sesiapa yang teringin menikmati keindahan Apostles dari pandangan atas. Satu helicopter hanya membenarkan 3 orang sahaja naik. Setiap orang akan dikenakan charge sebanyak AUD $95.00 .. Sebenarnya memang ibu teringin nak naik, maklumlah kita tak pernah lagi merasa naik helicopter .. tapi bila terkenangkan harga yang dikenakan terlalu mahal..ibu pun cuba melupakan hajat tu.. Simpan dalam hati jer .. Suddenly babah cakap..”Duit boleh cari..tapi peluang kadang-kadang datang hanya sekali..pengalaman tu mahal..” Hehehee..tu yang ibu sayang sangat kat babah Nurin tue … Ni antara gambo yang sempat babah ambil dari dalam helicopter ( banyak jugak sebenarnya ). Ibu record video cam jer.. Nurin memang seronok giler, sampai tak mau turun.. Pastu sibuk merengek nak naik lagi..nak naik lagi . Dia tak takut langsung.. Ibu pun kecut-kecut perut jugak sebenarnya, tapi buat-buat berani..control..
Perjalanan balik terasa lama, sebab excitement dah hilang… Lagipun semua dah kepenatan. Sepanjang malam babah drived, sian babah.. Takperlah, Uncle Mie pun dah seharian memandu..nama pun bergilir kan..
Inilah pengalaman ‘mahal’ kami anak-beranak, bershopping di Melbourne ( alah tak shopping mana pun ) dan berjalan-jalan di Great Ocean Road - Port Campbell, Victoria Australia.. Ermm..kepada sapa2 yang masih tercari-cari destinasi berbulan madu, cubalah survey tempat ni
|
|
|
|
|
|
| Friday, 26-Dec-2008 12:00 |
Email | Share | | Bookmark |
|
Trip To Melbourne - Part II
|
|
What else can i say?.. It's a Boxing Day!!.. Ramai giler orang keluar shopping. Kedai pun macam berlumba-lumba nak turunkan harga barang jer. Discount up to 75% . Tapi jenuhlah nak beratur, kat fitting room jer dah berejam, apalagi dekat kaunter! Dahlah ibu ni kecik.. . Butik macam Prada, Gucci, Guess, Oroton..memang penuh. Orang kena beratur nak masuk..Ibu plak dengan stroller Nurin lagi ...
Sibuk bershopping, ( babah paling banyak borong tau ) sedar tak sedar dah pukul 8malam. Cuaca masih terang lagi..maklumlah, kat sini waktu siang dia lama.. Nasib baik hotel dekat jer, kitorang memang keluar tadi naik tram jer, malas nak bawak kereta. AUD $6.50 untuk sehari. Naiklah berapa kali pun.. Transportation memang senang, tram banyak.. Banyak juga perhentian diaaa..and setiap hentian tu terletak berdekatan dalam 200m-500m jer antara satu sama lain.. Senang nak ke mana-mana pun. Kitorang pun tak sesat, sebab bila kau tercangak-cangak dengan map ditangannn..mesti akan ada orang datang menyapa.." Do you need help sir?"... . Or bila kau asik amik gambo antara satu sama lain ( macam ibu amik gambo babah, pastu babah plak amik gambo ibu hehehee) .. akan adalah orang datang bertanya.. " You want me to take your photo?".. Hmmm..how sweet..
Sampai-sampai hotel jer, semua terbongkang kepenatan...
|
|
|
|
|
|
| Thursday, 25-Dec-2008 12:00 |
Email | Share | | Bookmark |
|
Trip to Melbourne - Part I
|
|
Hari ni tak ramai orang kat city. Maklumlah, Krismas kan.. semua orang beraya . Kedai pun banyak yang tutup. Kitorang amik kesempatan ni berjalan-jalan…amik gambo.. Kereta parking kat bahu jalan, pastu kitorang pun berjalan kaki.
Sebenarnya banyak bangunan yang cantik-cantik kat Melbourne ni. Macam library dia.. church, pastu Parliament Of Victoria.. Hotel-hotel pun banyak yang berasaskan senibina eropah klasik. Pendek kata di mana ada bangunan yang cantik jerrr mesti kitorang berhenti untuk amik gambo, walaupun taktau apakejadah nama bangunan tersebut heheheee… Bila penat, nurin terlelap dalam stroller..Ermm…masa nilah ibu dah babah bergambo ala-ala Hindustan, cuma tak berguling-guling jerk
Kat sini ibu nampak banyak restoran melayu tau.. Tapi haritu depa tutup kedai, so kami hanya makan kat kedai kebab halal kepunyaan warga Turki yang terletak di celah-celah kepadatan bangunan lama di Russell Street..
Tak sabar nak tunggu esok..BOXING DAY!! Yehhaaa..shopping time!
|
|
|
|
|
|
| Wednesday, 24-Dec-2008 12:00 |
Email | Share | | Bookmark |
|
|
|
Kami berkonvoi 5 kereta. Semua sekali, ( tak campur budak kecik, nurin and anak-anak Uncle William) adalah dalam 20 orang. Perjalanan jauh, tapi tak terasa sangat sebab seronok! . Setiap kereta mesti ada dua orang driver. So, kitorang pun berkongsi kereta dengan Uncle Fahimi and Aunty Roha ( our neighbour ). Babah akan bergilir dengan Uncle Fahimi bawak kereta tu nanti. Masing-masing dibekalkan dengan satu walkie-talkie sebagai perhubungan ( yang ni depa cilok dari site ) . Yang kelakonya, walkie-talkie tu dah jadi alat untuk bersembang…hiburan untuk hilangkan ngantuk. Ada yang menyanyi, bagi teka-teki hehee… Sampai ibu dengan babah tak boleh nak lelapkan mata sebab asik tergelak . Nurin plak tido lena sangat macam dah 5 hari tak tido jer…
Macam-macam lagu uncle-uncle tu menyanyi, aku semut merahlah… memori daun pisanglah.. Teka-teki pulak, ntah hapa-hapa ntah..semua yang direka sendiri.. Apparraah..camna mau jawab?? Tapi yang pasti kami berhenti banyak kali sebelum sampai ke Melbourne tu. Adalah dalam 7-8 kali… Masing-masing diingatkan supaya membawa bekalan sendiriii jadi bila berhenti rehat, kami pun makan beramai-ramai. Ibu masak bihun and ayam goreng (yang senang jer ).. Alhamdulillah, perjalanan ok, kami pun sampai dengan selamat…
Kami dok di hotel Bayview On The Park.. Oklah, 4 bintang... luas, ada 2 katil, dua sofa, ada meja tulis and yang best ada banyak cermin!!
|
|
|
|
|
|
| Sunday, 21-Dec-2008 12:00 |
Email | Share | | Bookmark |
|
Berbasikal di Newcastle
|
|
Kami berjalan-jalan ke Newcastle hari Sabtu lepas. Saje jer nak join uncle Fitri and uncle Li cycling kat sana. Kami pergi berempat, naik 4WD uncle Fitri jer.. Memang cantik tempat dia.. Pekan tu biasalah, macam kat Gosford jugak..pekan kecil dengan bangunan-bangunan lama yang nampak masih kukuh..
Kami sampai masa tu dalam pukul 4 petang, matahari masih atas kepala, tapi suhu punyalah sejuk..pergghh!! . Maklumlah, pekan dia keliling laut. Kedai dah banyak yang nak tutup. Takperlah, bukan nak bershopping punnn..sebenonya ibu and babah nak pekena roti nan dan kebab. Kat sini ada satu restoran India muslim yang dibuka sampai lewat malam. Ibu makan garlic naan, vegetable samosa..babah plak makan nasi beriani kambing. Sedap, walaupun nasi beriani dia tak berlauk sebab daging kambing tu dah digaul skali dengan nasi..tapi dia punya rempah..mak aiii..takyah citerlah.. Buah pelaga skit punya banyak, bunga cengkih lagi...tu blom kira biji sawi tue…
Pemandangan dari atas bukit ( King Edward Park ) memang cantik. Ada orang paragliding kat atas bukit tu tau… Pastu kitorang terserempak dengan sekumpulan konvoi basikal. Dengan kostum yang pelbagai..rasanya depa ni konvoi sempena krismas.. Ada yang tua, budak-budak, remaja..ntah-ntah rombongan dengan ketua kampong kot .. Sempatlah uncle Fitri dengan uncle Li tu join depa sekejap.. Bila hari merangkak gelap, kami pun berangkat pulang…
|
|
|
|
|