Want your
own Fotopage?














 
kenangan sepanjang jalan

By: zan adrieana

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage] | [Track this Fotopage]
[<<  <  1  2  3  [4]  5  6  7  8  9  10  11  >  >>]    [Archive]
Saturday, 20-Dec-2008 04:17 Email | Share | | Bookmark


Ibu cakap kat babah, sunglasses ibu tertinggal kat umah ( Malaysia ). Babah cakap..beli baru!

hahahahaaa alasan baik punye..
zan aku nyer pon tertinggal!!!
Sat 3-Jan-2009 23:29
Posted by:eyna  - [Link]
re:

eyna: kekekekeeeee.. syyhh...
Sun 4-Jan-2009 04:49
Posted by:izan  - [Link]
Add comment


Wednesday, 17-Dec-2008 12:00 Email | Share | | Bookmark
Jom bowling!!

 
 
 
View all 17 photos...
Mula-mula ibu saja jer ajak babah pi main bowling..dah lama xmain..ketagih beb kekekeee...
Pastu bila semua orang tau kami nakpi, depa pun sibuk nak join . Kami main suka-suka jer..sebenonya banyak gelak dari strike! Kelako tengok aksi uncle-uncle Nurin tu

Lepas penat main bowling, kami semua ke Coast Track.. Tengok pemandangan Central Coast dari atas bukit.. Cantik sangat. Kami pun sempatlah bermesra-mesra dengan sekumpulan cikgu pencen kat sini yang sedang berpicnic . Semua dah tua, tapi bawak kereta yang boleh tahan jugak hebatnyer.. So far yang ibu jumpa, orang sini semuanya peramah.. Kalu selisih mesti tegur, pastu sangat murah dengan senyuman... Bukan macam sesetengah orang Malaysia (aku repeat..sesetengah ok! ).. Orang Timur konon..pakai kete besar skit, hidung mulalah perasan mancung . Baru sandang bag LV, dah perasan kaya harharhahaaa...

Aku tak jaki...
Kau terasa..nasiblah!!

re:

eyna: botol tu...botol...
Mon 22-Dec-2008 11:35
Posted by:ibu nurin  - [Link]
hai izan,
kat aussie dah ko ye...ko ingat aku lagi tak? kalau tak silap ko dulu kawan ngan puteri kan? ni tengah unpaid leave ke?
Mon 29-Dec-2008 07:05
Posted by:NNE  - [Link]
re:

NNE : Nor kan?.. A'ah member puteri lah nie.. terpaksa unpaid leave, nak buat camna suami punya pasal
Sun 4-Jan-2009 04:41
Posted by:izan  - [Link]
View all 4 comments Add comment


Sunday, 14-Dec-2008 12:00 Email | Share | | Bookmark
Avoca Beach - "swim..swim..swim.."

saujana mata memandang..
ramainyer orang...
Nurin dengan uncle Li
View all 8 photos...

Orang dah start memenuhi pantai dan mandi-manda seawal pukul 1 pm lagi. Heheehe.. kalu nak ikutkan tengahari buta tu, tapi kat sini tak panas mana pun..windy.. Dingin angin mengatasi kehangatan matahari ..
Musim summer nilah orang-orang kat sini tunggu-tunggu sebenonya. Dari meraikan Krismas, sampailah ke pesta pantai. Ada yang berjemur sakan...dan yang happening sekaliii..ramai yang surfing! Best tengok depa ni... Tak kira yang kecik, yang remaja, yang tak berapa tua..semuanya tunjuk skill surfing masing-masing.. Ada life guard booth dekat pantai ni.. Ramai orang dia.. ada di merata-rata..berdiri dengan jacket kuning, walkie-talkie dan wisel tersangkut kat leher..

Ibu tak berani mandi coz air dia sangat-sangatlah sejuknyer.. ombak kuat giler.. nurin pun sampai biru-biru menggigil kesejukan.. Tapi tetap nak mandi jugak..

fuhhh aunty ingat anak angelina jolie tadik... kekekeke
baru nak mintak sign otograph..
Sun 21-Dec-2008 13:42
Posted by:aunty eyna  - [Link]
re:

eyna: Tulah pasal na..ramai btol yg tegur bila tgk dia dgn sunny dia tu.. . Dia plak buat muka selamba jerk.. Perasan artis lah tue..
Mon 22-Dec-2008 11:20
Posted by:ibu nurin  - [Link]
Add comment


Tuesday, 9-Dec-2008 12:00 Email | Share | | Bookmark
Aidiladha di perantauan

 


Hari tu ibu buat open house hehee … Takderlah open sangat sebenonya. Kami cuma jemput kawan-kawan babah yang muslim jer. Saja jer nak berkumpul and happy happy sempena raya ni.. Bukannya tak mau ajak yang lain, tapi taulah kat umah ni peralatan terhad..periuk, kuali semuanya kecik-kecik jer..Itupun ibu terpaksalah masak nasi impit sampai 2 round sebab tak muat nak masak semua sekali serentak .. Malam tu ibu masak nasi impit, kuah lontong, kuah kacang, rendang ayam, sambal udang and puding Caramel.. Semua masak sendiri tau…Anak saya adalah menolong sikit..tolong makan!

Nurinlah orang yang paling seronok ibu tengok malam tu. Yelah, bukan selalu orang datang umah kami ramai-ramai ni.. Semua orang dia ajak sembang, Tanya tu..tanya ni.. pastu plak ramai yang suke melayan, ermm...apalagi menjadilah dia. Sampai ibu dengar uncle Fahimi cakap…

“ Ni kenapa pandai sangat cakap ni? Bukan sepatutnya belum pandai lagi ker?..”

Care to comment?


Monday, 8-Dec-2008 12:00 Email | Share | | Bookmark
Aidiladha@Malaysia Hall


Malam hari raya Aidiladha haritu kitorang berkesempatan bermalam di Malaysia Hall, Sydney. Tujuannya ialah untuk berkumpul dengan semua warga Malaysia yang berada di Sydney ni dan bersama-sama menunaikan sembahyang raya. Tapi kitorang cuma pergi bertujuh jer.. Kami anak beranak, uncle Fitri, uncle Helmi dan uncle Zul dengan aweknya yang nurin panggil kakak Phia.. Uncle Fahimi dan uncle Fazli kena kerja pagi tu . Oleh kerana kitorang sampai sana pun dah agak lewat, dengan masing-masing dah mengantuk..lepas register jer semua terus menuju ke bilik masing-masing. Kat sini setiap orang dewasa dikenakan bayaran AUD $12 semalam. Kanak-kanak free.. Malaysia Hall ni lebih kepada tempat students Malaysia berkumpul sebenonya.





Pukul 7 pagi depa dah mula bersembahyang raya. Ibu pun bersiap awal, cuma anak dara saya ni jerrr yang belum mahu bangun.. Tapi ibu terpaksa kejutkan nurin jugak sebaik saja sembahyang raya selesai. Nasib baik dia tak mengamuk, Cuma merengek skit, maybe kesejukan sebab kat sini takder water heater, air pun sejuk giler ..( sepatutnya kat sini dah masuk summer, tapi ibu pun taktaulah..hari-hari pun hujan jugak..panasnya sekejap jer ). Dekat luar dewan ada disediakan jamuan. Makan nasi beriani tu ..perghh…best giler .. dah lama ibu tak pekena daging ni. Asik makan ayam and seafood jer.. Lepas makan ala kadar, kami pun berangkat pulang sebab babah and d’gang kena kerja pulak petang tu..




Gambar-gambar ni ihsan dari uncle Zul sebab ibu tak bawak kamera haritu. Uncle Zul yang setia dengan kameranya ( canggih wehhh.. kamera dia tu ) dengan senang hati menjadi cameraman kitorang semua pagi tu. Tapi ibu perasan, gambo kami anak beranaklah yang paling banyak diambil. Especially nurin, ntah kenapa uncle Zul gemo sangat ambil aksi dia tu.. Ibu masukkan sikit jer kat sini, sebab banyak sangatlah…



Care to comment?


Saturday, 6-Dec-2008 12:00 Email | Share | | Bookmark
Australia Reptile Park

 
 
 
View all 13 photos...

Pagi-pagi lagi ibu dah bangun masak. Hari ni babah nak bawa kami jalan-jalan ke Australia Reptile Park.. Ibu ingat nak bawa bekal nasi lemak. Sebab kompem, sampai sana nanti anak saya mesti kelaparan... apa yang boleh dimakan kat sana? On the way tu, ibu sempat telefon wan. Wan dah sampai Sg. Petani. Opppss lupa lak, arini kenduri kahwin kak reeza ( sepupu nurin sebelah babah), so... wan, atuk dan ayah long se-family kena menghadirkan dirilah mewakilkan ibu ...

Hujan renyai-renyai masa kami sampai ke destinasi. Ramai jugak orang.. Ada rombongan budak-budak sekolah, ada yang buat besday party dan ada yang hanya duduk ber-picnic. Ada satu kawasan ( di bawah pokok yang sangat besar ) memang disediakan untuk pengunjung berehat. Ada yang berbumbung dan ada yang tidak.. banyak meja dan kerusi disediakan.. meja dan tong gas untuk barbeque pun ada.. . Kat kawasan nilah, kanggaroo di lepaskan bebas.. Depa ni sangat-sangat jinak.. kalau nampak kita ada makan, mulalah mengendeng-ngendeng. Nurin pun tak takut nak feeding kanggaroo-kanggaroo tu.. Cuma dia terjerit-jerit geli bila sang kanggaroo menjilat-jilat tapak tangan dia





Macam-macam aktiviti yang ada kat dalam tu... Galapagos Tortoise Feeding, Koala and Python Digital Photos, Tasmanian Devil Talk, A Venomous Snake Show, Alligator Feeding Hour, dan banyak lagilah... Kami ingat nak ambik gambo dengan ular sawa yang besar dan berwarna kuning tu, tapi babah geli.. nak bergambo dengan koala, kena beratur panjang plak.. Alih-alih kami berjalan jer lah.. Sebelum balik kami ada beli cenderahati untuk dibuat kenang-kenangan.. nasib baik harga tak mahal sangat..oklah...




Care to comment?


Wednesday, 3-Dec-2008 12:00 Email | Share | | Bookmark
Copyright Reserved



Nurin dah kenal color tau. Tak semua, tapi bolehlah.. green,blue,purple,pink,yellow and orange. Tu jer yang dia tau, sebab itu color yang ada pada lego dia .Yang lain blom familiar kot.. Dia pun dah kenal bentuk, dah boleh match kan huruf dan nombor.. Dia dah faham apa jer yang kita cakap. Dah boleh diarah.. kalau ibu suruh ambil plastic or kain buruk kat dapur pun dia boleh dapat cari.. Suruh naik atas ambil bantal, ambil baju..semua dia tau. Bahaya jugak tu..kekadang ibu kena tukar language bila bercakap dengan babah depan nurin.. Janganlah sembang pasal coklat ker, pasal nak keluar berjalan ker, nak pergi taman ker or apa-apa sajalah yang dia suka, mesti dia akan mintak dan-dan tu jugak…

Tapi yang paling ketara, nurin ni suka sangat copyright dan ingat apa saja yang orang cakap walaupun baru dengar sekali. Kalau berkali-kali tu lagilah dia ingat kan.. Contohnya:

1. Nurin cakap dengan baby doll:
“ Nak lagi masyik (nasi ) ker? Dah finish dah.. Ok, last eh..last tau! Esok pulak..”
- Ibu suka cakap macam tu bila nurin asyik minta cokelat.

2. “ Babah ni orang cakap jangan letak sock sini..tau tak?..”
- Babah pandang ibu, sambil berkerut dahi. Heheheee… ibu senyum jer, padan
muka, ambik sebijik !

3. Pagi tu ibu bangun awal, nurin masih tidur. Sedang ibu leka melipat kain, tiba-tiba
nurin terjaga dan terus duduk. Sambil genyeh-genyeh mata dia bersuara…
“ ayang…jom mandi ayang..”


Care to comment?


Saturday, 29-Nov-2008 12:00 Email | Share | | Bookmark
Jalan-jalan

 
 
 
View all 11 photos...
Ni gambar yang kami ambil masa jalan-jalan kat Sydney. Dah banyak kali jugak turun Sydney ni. Saja jalan-jalan, cuci-cuci mata.. Tak pun pergi pasar cari barang dapur. Sini ada satu shopping complex nama dia Asean Market and Paddy's Market kat China Town. Mostly yang berniaga kat situ Chinese. So, kalau nak cari barang-barang dari Asean (rempah ratus ker, perencah segera ker, sayur kampung ker.. ) kat sinilah tempat dia jual... Ibu dah jumpa ketupat segera Adabi, kicap cap kipas udang,belacan,asam jawa,tempe dan banyak lagilah hehee...

Tapi hari ni sebenarnya ibu nak cari baju nurin.. Ada sesetengah baju yang ibu bawak dari malaysia dia dah tak muat nak pakai. Ketat semacam jer, sianlah plak... Dapatlah beberapa helai. Seronok dia, sampai jer rumah dah sibuk nak try semua baju... . Ibu pun ingat nak shopping untuk diri sendiri jugak nanti... nak tunggu Christmaslah, musti banyak SALE!!!

eeii Paddy's Market!!.. Best best!!.. tempe satu!!..
Mon 8-Dec-2008 15:21
Posted by:eyna  - [Link]
Add comment


Friday, 21-Nov-2008 12:00 Email | Share | | Bookmark
Yelah...dia tu anak babah...


wah...betsnye baju nurin yer....nice sgt...belikan satu utk auntie ila leh x? Tue 9-Dec-2008 02:52
Posted by:ila norazilah.mj@felda.net.my  - [Link]
Add comment


Thursday, 13-Nov-2008 12:00 Email | Share | | Bookmark
Potato pancake with cherry and caramel sauce




Jika anak dan suami anda ‘giler makan’ ( macam anak dan hubby saya yang sentiasa kelaparan tu ), Saya ada resepi sendiri, yang sangat ringkas untuk anda cuba hidangkan dirumah.
Sesekali kita bertukar selera ( asyik cekodok jer ), pastinya lebih enak dari biasa heheheee….

Bahan-bahan :

1. 1 biji telur
2. 1 setengah biji ubi kentang
3. 3 cawan tepung gandum ( jika inginkan lebih, sila tambahkan bil telur dan kentang )
4. Tepung jagung
5. Buah strawberry or blueberry or cherry ( kalau xder sangat pakai jem pun boleh )
6. Gula
7. Garam
8. Air suam


Cara memasak :

A. Pancake

1. 1/2 biji kentang di kisar bersama sedikit air suam. Dan 1 biji lagi di potong halus.
2. Campurkan tepung , telur dan kentang yang telah dikisar. Masukkan juga 1 sudu besar gula dan
secubit garam ( untuk rasa lemak )

3. Pukul campuran (2) sehingga kembang. Tambahkan sedikit air suam jika perlu ( jangan terlalu cair )
4. Masukkan kentang yang telah potong halus tadi ke dalam campuran tersebut.
5. Masak pancake di atas friying pan. Jika ada, boleh gunakan aluminium egg ring ( alah, yang
orang selalu buat telur untuk benjo tu ) untuk mendapatkan bentuk yang lebih cantik.

B. Sauce

1. Caramel : 4 senduk gula dimasak sehingga cair dan berwarna perang..( jangan campurkan air )
Simpan di dalam peti sejuk.

2. Jem : Potongkan buah cherry kecil-kecil ( jangan sampai hancur ). Campurkan sedikit air dan
tepung jagung, kemudian masak sehingga pekat. Tidak perlu campurkan gula kerana kita
perlukan rasa masam buah tersebut. Juga simpan di dalam peti sejuk.

Tuangkan caramel sos dan letakkan jem cherry diatas pancake yang telah siap dimasak tadi. Sangat sesuai dihidangkan untuk sarapan pagi atau minum petang. Ini memang peberet anak saya. Selamat mencuba ...




Care to comment?


[<<  <  1  2  3  [4]  5  6  7  8  9  10  11  >  >>]    [Archive]

© Pidgin Technologies Ltd. 2008.