Want your
own Fotopage?














 
kenangan sepanjang jalan

By: zan adrieana

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage] | [Track this Fotopage]
[<<  <  1  2  3  4  [5]  6  7  8  9  10  11  >  >>]    [Archive]
Thursday, 6-Nov-2008 12:00 Email | Share | | Bookmark
Sydney Opera House and Harbour Bridge

 
 
 
View all 17 photos...



p/s : gambar semua blur jer.. camera rosak kot..ish..kena beli baru nie, xbleh jadi!

Care to comment?


Saturday, 1-Nov-2008 12:00 Email | Share | | Bookmark
SEPANJANG HARI DENGAN NURIN



Sebelum ni, ibu hanya berkesempatan jumpa nurin pada waktu malam hari biasa dan weekend saja. Tapi sekarang ibu rasa lebih puas hati sebab nurin membesar depan mata . Ibu rasa dia membesar dengan agak baik. Mulut semakin banyak, dah boleh mengira 1 to 10, boleh hafal skit-skit ABC dan boleh skit mengaji Alif Ba Ta.. Baca doa makan pun dah pandai skit.taklah betul sangat, tapi adalah bunyi dia tu ..

Ibu perasan, nurin ni sangat suka membaca. Kalau kita pergi shopping complex, dia mesti ada amik catalog or broucher. Balik rumah dia akan suruh kita bacakan, kemudian dia baca sendiri plak. Dia akan buat cerita sendiri berdasarkan gambar yang ada kat catalog tu. Kadang-kadang bila ibu tengah masak, selalu dengar dia membebel sendiri. Main dengan baby doll yang babah beli, dia jadi kakak dan panggil baby doll tu adik.. Selalunya ibu tersenyum sendiri bila tengok aksi nurin tu, tahan gelak jugak sebab takut nanti dia marah. Bila nurin marah baby doll, sebiji macam babah marah dia (kalau nurin degil) . Setiap perkataan, gaya..dia memang pandai tiru hehee.. Lagi satu, dia memang suka menyanyi dan menari, pantang dengar lagu.. ikut sapa ntah? ibu? taklah....

GET FREE MONEY.. registration is FREE.. get USD 25 (RM 90) and more
no need to invest even a cent.. this is not a SCAM
check out: http://www.AWSurveys.com/HomeMain.cfm?RefID=Modifikasi
enjoy your money
Sun 7-Dec-2008 12:45
Posted by:FREE MONEY !!  - [Link]
slamat hari raya yer... ada bilek kosong lagi tak umah nureen??
aunty nak dtg raya hehehehee..

* zan sebelum ko balik ko mesti ada sekurang2nya 8 orang 'MADE IN OZ' tau!!. kekekek
Sun 7-Dec-2008 12:56
Posted by:eyna  - [Link]
re:

eyna : haa.. 8 org! ko ingat aku ni apa? kilang roti ker?
Wed 10-Dec-2008 09:39
Posted by:ibu nurin
Add comment


Wednesday, 29-Oct-2008 12:00 Email | Share | | Bookmark
Mobile Broadband

 


USB MODEM : AUD $179.00
TOP UP CREADIT :



Ibu pakai wireless broadband ni jer. Senang, bolah bawa ke mana-mana. Just stick to the lappy and get ready to surf

Care to comment?


Saturday, 25-Oct-2008 12:00 Email | Share | | Bookmark
The Entrance

kuat tau angin ni..
sentiasa dengan makanan :p
tasik yang cantik
View all 15 photos...

1 km dari rumah kami ada sebuah pantai yang dipanggil The Entrance. Pantai ni berbentuk teluk, yang menjadi tempat pertembungan antara tasik dengan laut. Tasik kat depan umah kami tu nama dia Tuggerah Lake. Tasik yang besar dan panjang nilah yang bertembung dengan laut di The Entrance. Every weekend dekat The Entrance ni memang happening. Sentiasa penuh orang.. Yang picnic, main lelayang, fishing dan ada juga yang hanya temankan anak-anak main di taman permainan dan mandi manda di kolam renang yang terdapat kat situ.. Ada deretan kedai dekat-dekat situ. Kedai cenderahati, kedai pancing, kedai makan dan kedai alatan surfing. Kat seberang tasik pulak ada ‘Caravan Park’. Macam-macam jenis caravan kita boleh tengok ada kat situ. Ibu pun taktau, depa semua (owner) memang tinggal kat situ or hanya datang untuk lepak-lepak on weekend jer..

Setiap petang ahad babah akan bawa kami ke The Entrance. Sebab selalunya hari sabtu kami akan berjalan jauh sikit. Mula-mula kami akan pergi sewa cd untuk ibu, then pergi beli barang dapur sikit-sikit kat kedai Asean Grocerries, pastu barulah bawa nurin ke pantai and ke taman permainan..

Ibu ada nampak sebuah kereta proton satria kat situ heheheee.. kat sini adalah jugak orang pakai kereta proton tapi tak banyak, especially wira aeroback and Gen-2

wah besarnye cermin mata nurin....comel giler.. geram auntie ila tgk nurin...
rindu gelagat nurin yer
Sun 7-Dec-2008 12:00
Posted by:ila norazilah.mj@felda.net.my  - [Link]
re:

ila : tulah ila, skang ni kalu nak kuar jer dia mesti nak pakai sunglasses tu. tak kisahlah panas ker, mendung ker, hujan lebat ker..
Wed 10-Dec-2008 09:24
Posted by:ibu nurin
Add comment


Tuesday, 21-Oct-2008 12:00 Email | Share | | Bookmark
Hari-hari yang sejuk...



Babah cakap nurin ni kulit mat saleh. Tengoklah muka dia tu, habis merah-merah kat pipi. Babah cakap ramai staf kat office dia pun muka merah-merah macam nurin.. Perubahan cuaca kot..Kulit muka nurin merah dan menggelupas..Sian dia..setiap hari selepas mandi ibu akan sapukan Vasseline. Tapi nani (nenek nurin ) dah pesan pada ibu, jangan bagi dia mandi or main air sangat..sejuk nanti cepat selsema. Ok mam! Kadang-kadang nurin menjerit jugak bila ibu sapu tu, pedih dia cakap ..

Masa kami baru sampai, heater kat rumah ni ada problem skit.. Selepas 4 hari hidup dalam kesejukan, akhirnya heater pun berfungsi dan kami boleh hidup seperti sedia kala. Hmmm..nasib baik, kalu tidak.. tak pasal-pasal ibu dengan nurin ber-sweater and ber-stokin sepanjang hari kat rumah, walaupun tengahari buta!! Sebab tu jugaklah ibu tak berani sangat keluar rumah

sian dekat nurin ek...muka dia merah2 je.... xpelah asalkan nurin happy duk sana... Sat 6-Dec-2008 09:56
Posted by:ila norazilah.mj@felda.net.my  - [Link]
Add comment


Saturday, 18-Oct-2008 12:00 Email | Share | | Bookmark
Australia... here we come!!!

tido dlm flight
haa...nak ke mana lag tu?
banyaknyer beg...
View all 5 photos...


Hujan renyai-renyai menyambut ketibaan kitorang pagi itu. Temperature 11degree cukup membuatkan semua penumpang menggigil kesejukan. Itu belum lagi berapa banyak asap yang keluar bila setiap mulut dibuka ( rasa macam dragon ball plak hehheee…). Flight yang delay membuatkan kitorang sampai lewat dari jangkaan. Airport agak lengang masa tu mungkin sebab hari masih terlalu awal, 8.30am. Sementara menunggu kitorang dijemput, puaslah ibu ronda-ronda dengan nurin kat dalam airport tu, you know…my daughter mana bleh dok diam Semua kedai dia nak masuk. Kedai bunga, kedai buku, kedai souvenir..semua dia nak jengah. And yang paling sedih, bila nurin ajak ibu masuk ke dalam M’Donalds, " sayang ibu.. kita tak boleh makan kat situ nak." .

About sejam kat situ, tiba-tiba uncle Fitri ( kawan babah yang datang sekali dengan kitorang) nampak ada sorang mat saleh botak ni ( wakil company kat sini kot) tengah dok pegang card board yang tertulis nama bapak dia ). So kitorang pun dibawa menaiki van untuk ke tempat penginapan… 40 minit kemudian, kitorang sampai di sebuah kawasan perumahan yang sangat cantik. Ada deretan rumah di sepanjang tasik. Setiap staf diberi sebuah rumah untuk tinggal dan sebuah kereta sebagai transport. Tak kisahlah kalu kau datang sorang ker, berkeluarga ker.. kau akan tetap dapat sebuah rumah dan sebuah kereta, itu polisi syarikat ( best kan? ).



Rumah kitorang terletak ditepi sebuah tasik yang besar dan panjang. Double storey house with 3 bedrooms, 3 toilets and 1 washroom (in the garage) . Fully furnished!. Ibu rasa dah cukup selesa untuk kitorang 3 beranak ni.. So, this is our house now. And from today u can call me.. Mrs Fadzli, desperate (oopsss..!!), a housewife


Salam..amboi2 dh merantau ke Australia ye?Brape lama kat sana? Sat 6-Dec-2008 09:28
Posted by:Ibu fasya  - [Link]
wah..besarnye umah k.apis...best ek duk sana....tepi tasik plak tu....
comel je nurin ek
Sat 6-Dec-2008 09:55
Posted by:ila norazilah.mj@felda.net.my
Add comment


Wednesday, 15-Oct-2008 12:00 Email | Share | | Bookmark

Jumpa lagi Malaysia! Jumpa lagi semua!!




Care to comment?


Monday, 13-Oct-2008 09:07 Email | Share | | Bookmark
Kami bergambar raya?

 


Kalau nak tau, minggu kedua raya tu ibu pakai baju raya setiap hari ke ofis heheee.. Pastu ibu paksa semua orang pakai baju raya jugak. . Walaupun jamuan raya kami 2 minggu lagi, tapi kami semua dah over excited nak bergambo dan makan ala2 raya. Gambo reramai tu diambil masa semua staf lelaki xder. So apalagi, bergambo sakanlah kami ..

Care to comment?


Sunday, 12-Oct-2008 12:00 Email | Share | | Bookmark

4 mak dara pinggitan. ibu, mama, mummy and mak long nurin
posing dulu sebelum balik
nurin and her cousins

Ini kisah raya kedua dan ketiga plak...

Pagi raya kedua, ayah long nurin sekeluarga balik ke Johor. Tengahari tu kami semua berkonvoi raya
ke Semerah, Batu Pahat rumah mak ngah ibu. Tunggu sampai makan tengahari ( heheee.. memang dah kabo awal2 sebenonya, suruh prepare lunch siap2 ). Balik dari Semerah, kami singgah beraya rumah atuk sedara ibu. Kalu nak ikutkan, mata dah nak terkatup jer masa tu, tp oleh kerana nama pun konvoi beramai2 kenalah follow jugak. Lepas tu singgah pulak rumah sepupu wan, kebetulan masa tu dapat makan pisang goreng panas, barulah terbukak mata ibu dan kembali segar semula . Maghrib baru kami sampai umah nenek ibu..

Raya ketiga kami semua dah nak berangkat balik kl. On the way tu singgah Muar, raya rumah family angkat atuk. Sekejap jer, jamah kuih skit2, pastu sambung perjalanan dan singgah pulak Telok Mas, Melaka rumah bapak sedara ibu.. Lepak lama skit kat situ, nurin siap mandi manda lagi... dah petang baru jalan balik kl.. Sampai Nilai, abg babah telepon..ajak kami baraya rumah sepupu babah kat Bandar Tun Razak. Kami pun setuju sebab memang kami tak pernah menziarah dia lagi sejak kaki dia kena potong ( diabetes). Lepas maghrib, kami bertolak balik rumah. Makanya belum sempat sampai ke rumah lagi , ibu dan nurin dah selamat 'terbang ke angkasa' zzzzzzz..





p/s: walaupun nurin baru berusia 2 tahun, tp tahun ni adalah tahun ketiga ibu beraya dgn dia dan babah . masa tahun pertama dulu ( 2006 ), nurin baru jer berusia sebulan lebih, ibu pun baru jer lps pantang

Care to comment?


Saturday, 11-Oct-2008 11:00 Email | Share | | Bookmark
Hari Raya Pertama




Tahun ni giliran ibu.... Maksudnya tahun ni kami beraya di Johor. Tapi kami hanya balik ke Johor pada hari raya pertama. Pagi sembahyang raya, kemudian makan tengahari, lepas tu kami pun siap2 lah utk pulang ke kampung ibu... kampung Sg. Renggam, Panchor. Sampai kampung pun dah agak petang, jadi pada raya pertama tu kami tak beraya ke mana pun.. Memandangkan nenek ibu (sebelah mak) baru saja meninggal dunia sebelum Ramadhan lalu, maka hari raya tahun ini tidaklah semeriah dulu. Kami sambut ala kadar jer... berkumpul sekeluarga, bertahlil dan doa selamat. Cuma ramai jugaklah yang berkunjung ke rumah nenek ibu tu. Terutama anak-anak buah arwah dan sedara mara yang tak sempat menziarahi jenazah semasa arwah meninggal dunia.

Tahun ni adik beradik ibu semua beraya di johor kecuali ayah long nurin ( abang sulung ibu ). Raya pertama dia beraya di Rawang, rumah keluarga mak long. Sebab tulah takder gambo keluarga ayah long dalam entry kali ni



Kalau nak tahu, ayah dan mak ibu berasal dari negeri yang sama dan kampung yang sama!. Advantage pada kami ialah bila rumah nenek sebelah mak ibu penuh dengan orang ( bila semua sepupu balik sekali ) kami adik beradik akan 'lari' ke rumah nenek sebelah ayah pulak. Especially bila time nak mandi and time nak tido tu... Haa..masa nilah sepupu-sepupu lain ( yang mak bapak diorang tak sekampung ) semua buat muka jelouse semacam jer..


pssstt zan.. mana gambar sepupu kau yang husband dia amik gambar tuu hihihi
waaaa kak ogy cam anak dara laaa... (ko kene ckp kat dia..kekeke)
alahai comelnyer nurinnn ngan bag pink!!.. (ngko laa yang menggayakan ni ehhh) <-- aku tauuu hehee
Fri 21-Nov-2008 00:09
Posted by:eyna
re:

eyna: alah... thn ni dia beraya kat melakalah, kpg laki dia.. dah ada anak sorg tu. pompuan, baya aqeel kot.. mmglah k.uji tu lebih kurus dr aku tau . ishhh apa aku plak aku yg gayakan.. dia yg nak sendiri. kau xtau anak ku tu pandai sgt melaram..
Sat 22-Nov-2008 01:41
Posted by:ibu nurin
Add comment


[<<  <  1  2  3  4  [5]  6  7  8  9  10  11  >  >>]    [Archive]

© Pidgin Technologies Ltd. 2008.