Want your
own Fotopage?














 
kenangan sepanjang jalan

By: zan adrieana

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage] | [Track this Fotopage]
[<<  <  1  2  3  4  5  [6]  7  8  9  10  11  >  >>]    [Archive]
Tuesday, 7-Oct-2008 12:00 Email | Share | | Bookmark
Selamat Hari Raya Aidilfitri 2008

 

zan, sempat ko pi studio mik gambar......thn nie tema oren ye?mcm tema kami thn lepas...thn nie x dak gambar raya sbb hubby kerja waktu raya ...ermm kena pi studio gak mik gambar nampak gayanya nie.... Tue 14-Oct-2008 01:26
Posted by:maya- ibu akma&sofea  - [Link]
cantik nyer....ni yg jeles nih...
tahun depan aku pun nak amik pic kat studio gak arr...
nurin pun pandai posing gak ek cam ko pis......
ms dtg umah aku xnak plak posing camnih...
jenuh ngejor nak tgkap pic dia...hehehe...
Sun 19-Oct-2008 05:08
Posted by:aja
re:

eyna: a'ah.. bkn berat duit, berat dgn sampul jerk

maya : hubby ko keje ker? alah..ciannyer.. kena..kena.. kasi riuh studio tu dgn kehadiran korg anak beranak

aja: alah..dia dok diam tu sbb apek yg pegang kamera tu muka mcm samseng kampung dusun kau tau tak? nurin takutlah tu, lgpun kamera yg depa guna tu lagi beso dr nurin.. . hantarlah gambo dia kat aku aja...

Tue 18-Nov-2008 08:44
Posted by:ibu nurin
View all 4 comments Add comment


Friday, 26-Sep-2008 08:32 Email | Share | | Bookmark
Minal AidilWalfaizin




Selamat Hari Raya Aidilfitri buat semua sahabat handai walau di mana jua anda berada. Maafkan segala keterlanjiuran yang tidak disengajakan. Mohon halalkan makan dan minum sekiranya ada. Semoga Syawal kali ini memberikan kita seribu rahmat dan kesejahteraan. Amminn..

Berhati-hati di jalan raya ok!

Selamat Hari Raya n Maaf Zahir Batin Zan..
Kalau menghala ke Utara tu jemput ler dtg umah tau!!
Fri 26-Sep-2008 09:23
Posted by:eyna
re:

eyna: selamat hari raya... minta maaf atas segala salah silap ok! tahun ni aku baraya johor jer.. tahun dpn turn sana plak . insyaallah, satu hari nnt sampai juga kami ke sana..
Mon 6-Oct-2008 01:01
Posted by:fiszan  - [Link]
Add comment


Thursday, 4-Sep-2008 06:36 Email | Share | | Bookmark
Ibu suka, depa kreatif...

 
 



Cantik tak banner ni? Ibu suka sangat… Banner ni aunty Eyna punya. Heheee..ibu cilok dari fp dia. Sapa aunty Eyna? Dia kawan ibu…yang ibu kenal masa belajo kat UUM dulu. Kami dok satu kolej, KOLEJ PETRONAS!.. Masa tu kami kenal gitu-gitu jer, lagi pulak kitorang ni satu course. So selalulah dok dalam kelas yang sama masa sem 1 dan sem 2 tu.. Dan setiap kali kolej ada buat aktiviti, maka kitorang pun akan berjumpalah…

Tapi ibu mula rapat dengan dia bila ditempatkan di company yang sama masa buat praktikal di semester akhir. Imatera Digital Images Sdn Bhd kat Setiawangsa tulah kami berempat dihantar. Empat tu termasuk 2 orang budak lelaki, Nadzri dengan Sufian ( mamat ni dah kahwin dengan schoolmate babah masa kat Irsyad dulu. Ibu dulu agak bengang skit dengan dia ni sebab dia suka panggil ibu fisyan..fisyan. Ishh rimas!!) Ibu dengan aunty Eyna masuk lain department dengan budak 2 orang tu.. Tapi tempat kitorang lagi best!.. Masa tulah kitorang kenal dengan bro Umam, bro Akim, bro Faizal, bro Rizal, bro Halim and ada lagi satu bro ni..sapa nama dia ek? Yang kurus kering tu? Ibu pun dah lupa.. Apsal semua bro jer? Sebab department tu cuma ada seorang pompuan jerk, nama dia Kak Aliya yang comel! Ibu rasa memang best giler masa praktikal kat sana. Dok kat site ( masa tu dikenali sebagai Tahan Insurans) dekat Chow Kit, seronok sebab takder siapa yang monitor . Kat situ jugaklah kitorang kenal dengan ‘nasi ayam ganja’ , nasi kandar Yassin and banyak lagi. Paling best, bila time gaji mesti ada orang belanja makan, belanja main boling.. Maklumlah, kitorang praktikal dulu dapat elaun RM300 jer sebulan. Kitorang pun ada pengalaman tengok penagih dadah tengah berurusniaga..Tengok ‘ayam-ayam tua’ tunggu pelanggan kat bawah Hotel Paris hehee.. Memang tak bleh lupa bila tengok diorang bertenggek kat atas motor dengan baju kelawar tunggu customer sambil hisap rokok..

Ermm kalu ingat-ingat balik memang bleh tersenyum sendiri.. Betapa menggelabahnya kitorang bila masa hari presentation kat lecturer tu server kitorang kena serang virus. Dahlah sebelum tu kitorang terpaksa bermalam di office sebab nak buat final touch. Eee… memang menguji kesabaran betul .. Sib baiklah ok, walaupun result tak berapa cantik berbanding dengan budak lelaki 2 orang tu. ( ermm bab ni memang kitorang tak puas hati sebab budak-budak tu tiru report kitorang tapi bleh dapat lebih plak, bias betullah! )

Masa ni ibu dah nampak dah kreativiti aunty Eyna ni. Dia kalu buat apa-apa mesti cantik. Macam sistem yang kitorang kena buat untuk final project tulah..Ibu asyik bertukar-tukar layout, tapi still rasa tak cantik jugak.. Dia relaks jer..Dia ni pandai buat kad, pandai melukis.. pandai edit gambo.. tengok jerlah fp dia tu. Macam-macam gambo si tonet Aqeel ( her beloved son ) dia buat, cantik!. Tapi ibu dah lama tak jumpa aunty Eyna, dah masuk 2 tahun rasanya. Last skali ibu jumpa masa hari kahwin dia. Aqeel tu pun ibu tak sempat jumpa lagi. Diorang dah pindah ke Ipoh sekarang, ikut uncle Jenal yang mengajo kat sana, so susahlah nak jumpa dah. Takperlah, ada rezeki nanti kita jumpa yer Aqeel!





Ok.. camna dengan yang ini? Cantik jugak kan? Ni aunty Lyn yang buat. Aunty Lyn ni ibu dah kenal lama. Sejak dari form 1 lagi. Kitorang sama-sama belajar kat Convent Klang dan dok kat Asrama Yayasan Selangor Klang sampai form 5. Memang rapat sejak mula sebab kitorang ni dok satu dorm, dorm TERATAI. Atau dikenali sebagai 3T, Teratai The Taiko. Taktaulah mana dapat nama tu, ibu pun dengar –dengar dari orang, sebab kitorang ni pun bukannya taiko sangat, skit-skit jerk..

Aunty Lyn memang geng kamcing dengan ibu coz kitorang ada group sendiri, IZZULYFA!. Ha… kalu nak tau nama izzulyfa tu berasal dari gabungan nama kami berempat. IZ tu ibu, ZU tu aunty Zura, LY tu aunty Lyn and FA tu untuk aunty Faiz. Maka wujudlah nama IZZULYFA tu ( nama ni glamour tau, sampai ke kakak-kakak senior yang anti dengan grouping ni, apalagi kena sound lah).Masa tu pergi ke mana-mana memang berempat. Ibu ingat lagi kalu bersembang tu, kitorang bleh berjaga sampai kul 3-4 pagi.Macam-macam citer keluar, especially aunty Faiz. Kalu dia dah start bercerita, memanglah tak boleh berenti .. Sampai kitorang yang mendengar ni terlelap-lelap jugaklah dibuatnya hehee.. Masa tu aunty Lyn ada kakak angkat, nama dia Kak Ulin. Kak Ulin dengan aunty Lyn memang sama-sama kreatif. Depa selalu berbalas-balas kad ucapan. Ermm..kat sinilah ibu nampak kekreativitian aunty Lyn ni. Dia boleh berjaga sampai lewat malam sebab nak siapkan satu-satu kad. Konon-kononnya malam-malam tu dapat ilham..Alah, sebenonya ibu tau dia tak mau kitorang bertiga ni kacau dia. Kalau dia senyap atas kalil tu, mesti ada benda yang dia kerjakan.. Melukislah, buat kadlah..semuanya cantik-cantik!

Macam-macamlah kenangan yang kelako kitorang kutip masa ni. Kena marah dengan senior, kena denda, panjat bumbung asrama hehee.. Naik form 3, aunty Zura pindah sekolah. Maka tinggallah kitorang bertiga jer. Tapi sampai sekarang kitorang masih ber-contact lagi. Bila ada kenduri kahwin memember, mesti kitorang akan berjumpa. Bulan puasa pun selalu kitorang dan kekawan yang lain buat reunion jugak.. Masa ni jerlah nak berjumpa pun..sebab masing-masing dah sibuk dengan kehidupan dan keluarga sendiri..Ermm baru-baru ni aunty Lyn selamat melahirkan seorang baby girl yang comel. Welcome to the club dude!

2 orang nilah antara kawan yang ibu rasa sangat kreatif dan ada idea yang best. Yang lain-lain pun kreatif juga, semua orang ada kelebihan masing-masing kan! . Anyway, dikesempatan ini ibu nak ucapkan selamat berpuasa kepada semua kawan-kawan ibu di luar sana. Semoga Ramadhan kali ni memberikan kita pahala berlipat ganda, insyaallah..


p/s : aunty Eyna and aunty Lyn tu nampak jer kurus kering. Tapi bab makan memang tak mau kalah.. Especially aunty Eyna tu, tengoklah dalam banner pun nak letak gambo nasi kerabu dia tu..ish..tak boleh tinggal langsung!


alamak nak taip sian ... jadi sial la.. ishh amponn Wed 17-Sep-2008 13:28
Posted by:eyna
To Nurin, happy birthday 2nd Year!!! Time for you to have adik plak..heheee...
Fiszan, thanks for promo website i..heheeee
Fiszan aku dah deliver baby girl..more pics at http://aleesya.mytinybaby.com/
Don't think i can make it to the gathering nnti, sbb baru abis pantang +hubby kt JB time tu.
Baca story..terflashback plak time muda remaja dulu...
Sat 20-Sep-2008 08:01
Posted by:lynn xanthic80@yahoo.com
re:

eyna: a'ah.. abg lan. ishh camna leh lupa ni . joe! hehe.. mamat jambang ala2 man bai tu mmg aku tak ingat langsunglah . yer yer.. receptionist sambilan aka minah gosip hahaha.. kelako-kelako

lyn : congratulations! adik nurin? hehee.. next year kot
Wed 24-Sep-2008 07:35
Posted by:fiszan  - [Link]
View all 5 comments Add comment


Saturday, 30-Aug-2008 08:29 Email | Share | | Bookmark

 
 
 
View all 4 photos...


Kali ni sambut besday nurin saing dengan berpindahnya kami ke rumah baru. Nurin yang terkulat-kulat baru bangun tido, bertambah tercengang bila semua orang ( sepupu-sepupu dia jer semua tu ) nyanyikan lagu happy besday pada dia..

HAPPY BESDAY NURIN....SEMOGA CEPAT BESAR LEH TOLONG MAMA... Wed 17-Sep-2008 06:43
Posted by:zai KuLiM zbintim@yahoo.com.my  - [Link]
re:

aunty zai: tengkiu aunty . congratulations to you coz x lama lg nak dpt baby kan...
Mon 6-Oct-2008 00:57
Posted by:fiszan  - [Link]
Add comment


Wednesday, 27-Aug-2008 08:31 Email | Share | | Bookmark
Selamat Hari Lahir Nurin




Pesan babah…

Anakku,
Adakalanya kita umpama meniti di tepian pantai
Yang pasti melalui pasang surut kehidupan
Suatu hari akan tiba masa
Kau harus bersedia menempuh segalanya..

Jangan kau terlalu suka bila hari indah
Jangan kau terlalu gembira dengan pasirnya yang bersih
Dan jangan kau terlalu mengagumi mentari yang menyinar
Kerana langit tak selalunya cerah…

Kelak kau juga pasti akan berduka
Bila menyaksikan senja datang menyapa..
Sedih bila ombak menghempas ke pantai
Dan akan rebah bila ribut menghembuskan bayunya..

Namun anakku
Biar apa pun yang datang padamu
Kau harus jadi manusia tabah
Berjalanlah dengan akal
Selusurilah pantai itu dengan iman dan taqwa
Semoga kau akan sentiasa dilindungiNya

Wahai anakku
Jika kau jatuh
Usahlah terus menangisi kegagalan
Sebaliknya jadikanlah ia sebagai pedoman
Dalam menggagahi suratan kehidupan
Kerana kami akan terus setia di sini
Mendoakan kesejahteraanmu
Dunia dan akhirat

- Peluk cium
Dari ibu dan babah


Care to comment?


Saturday, 16-Aug-2008 08:00 Email | Share | | Bookmark
Thomas and his friends

 
 
 
Mula-mula ingat nak bagi nurin main..
Tapi nampak gayanyer ibu plak yang seronok sakan..

Kami pergi IOI MALL Puchong. Nak cari hadiah untuk besday party Amani ( kawan nurin kat nursery ).
Bukan main seronok kakak nurin tu, sampai tak mau balik...

aku tgk anak ko mcm takder perasaan pandang tempat lain...
ko yang over pegang stereng kona saner sini..

ishh buat lawak jerr ko nih hehehehe
Wed 10-Sep-2008 09:16
Posted by:eyna  - [Link]
ermm...sbb dia pandang tempat lainlah kitorg asyik nak terbabas jer.. dia tu dah x sabo nak main permainan lain yg ada kat sebelah sebenarnya. sib baik tak langgar org..
aku ni kira penyelamat keadaan jerk
Thu 11-Sep-2008 00:09
Posted by:Ibu Nurin
Add comment


Sunday, 3-Aug-2008 12:00 Email | Share | | Bookmark
Ibu's new curtain

 
 
 
View all 4 photos...


Tak sampai 2 minggu depa datang buat measurement, dah siap dah curtain baru ibu. happy!

hehee..tq!
tp kalu gsk dulu lg cantik kan?
tp aku mls lah...
Wed 10-Sep-2008 06:30
Posted by:Ibu Nurin
huuuihh..sakan nak raya ni..siap langsir baru lagi..Brape kos?Cantik, sempoi but very nice...(ibu fasya dh berangan nak menghabiskan duit ).. Thu 11-Sep-2008 09:46
Posted by:ibu fasya  - [Link]
re:

ibu fasya: kos? heheehe.. adalah skit. aku mmg suka yg sempoi2 jer. makcik tak berapa minatlah yg ada ropol-ropol nak
Fri 12-Sep-2008 03:49
Posted by:ibu nurin  - [Link]
View all 4 comments Add comment


Friday, 25-Jul-2008 07:25 Email | Share | | Bookmark
Dengan kuasaNya..

 
 
 

Di dalam sana dia hidup
Dengan kuasaNya…

Dari sebesar zarah
Menjadi sesempurna sifat
Dari jasad kaku
Lalu ditiupkan roh dan juga restu

Dia tenggelam tapi tidak lemas
Tidak mengunyah makanan
Tapi sentiasa senyum kekenyangan

Kau bisa bertemankan degup nadinya di siang hari
Kau juga bisa terhibur dengan aksinya di malam hari
Pastinya perasaan indah yang kau rasa
Melebihi nikmat perasaan dilamun cinta!

Ah!.. Persetankan Darwin!
Tidakkah kau rasa teori itu menyesatkan?
Menyamakan insan dengan binatang?

Kerana sesungguhnya aku lebih bertuah
Menjadi saksi setiap saat, setiap waktu
Bilamana di dalam ini dia hidup
Dengan kuasaNya…



- izzulyfa -
12th June 2006
9.50 p.m


Gambar ultrasound tu diambil masa nurin berusia 7 bulan dalam kandungan..

Masa ni ibu tinggal sorang-sorang kat rumah, babah pergi main futsal.
Idea datang, terus ibu capai diari babah... menulis dan terus menulis..


Care to comment?


Friday, 18-Jul-2008 06:43 Email | Share | | Bookmark
Flashcards




Ibu memang sentiasa letak Flashcard nurin dalam kereta. Sementara nak sampai tempat yang dituju, ibu suka mengajar dia untuk kenal gambar dan perkataan. Sekarang pun nurin dah kenal banyak benda. Cuma pronunciation tu tak berapa betul lah.. maklumlah si kenit ni pelat skit.. Alah, kalu kita lukis gambar 'bodoh-bodoh' ( tak lawa dan tak sebijik ) pun dia boleh kenal. Janji ada rupa skit jadilah..

Kalu kita tunjuk gambar:

Cat - nurin akan jawab 'TET'
Chicken - nurin akan jawab 'TITEN'
Book - nurin akan jawab 'BUK' ( ha..yang ni bleh diterima kan..)
Yoyo - nurin akan jawab 'YOH'
Flower - nurin akan jawab 'AWER'
Butterfly - nurin akan jawab 'TELAI'
Bird - nurin akan jawab 'BIRD' ( yang ni macam betul )
Rabbit - nurin akan jawab 'BIBID'
Fish - nurin akan jawab 'FISH' ( yang ni betul jugak..)
Dog - nurin akan jawab 'DOG' ( ha..yang ni pun betul..)
Nose - nurin akan jawab 'NOSH'
Legs - nurin akan jawab 'LEK'
Hand - nurin akan jawab 'NEN'
Eyes - nurin akan jawab 'YAIS'
Fingers - nurin akan jawab 'GERS'
Ears - nurin akan jawab 'YES''
Star - nurin akan jawab 'TAR''
Moon - nurin akan jawab 'MOON''

Banyak benda yang nurin dah kenal. Tapi yang paling best bila kita tunjuk jer gambar
- nurin akan jawab '"mi am ammela ela ela eh eh..eh..".

ermm..amacam? terrer tak anak saya


Care to comment?


Monday, 14-Jul-2008 08:26 Email | Share | | Bookmark



Thanx to babah yang sangat2 sporting sebab sudi temankan ibu. Seperti biasa, bila kami nak dating, nurin akan dihantar ke sekolah agak lewat skit. Ibu bagi dia mandi siap2, pergi breakfast kat kedai mamak pastu baru hantar dia. Nurin pun macam faham jerk ibu and babah nak berjalan, masa tu pulak lah tak mau pergi sekolah. Cebik-cebik..sedih muka nak ikut ..Cian nurin, nanti dah besar skit ibu bawak pi tengok wayang yer sayang..

Kenapa ibu menonton filem ni?

1. Sebab pengarahnya Kabir Bhatia
2. Sebab sebelum ni ibu dah tonton filem 'CINTA' yang best..
3. Sebab ada Afdlin!!

Ya Afdlin! Ibu memang suka sangat kat mamat ni. Walaupun dia tak hensem, tapi ibu suka jugak . Mula-mula masa keluar promo filem tu kat tv, ada pulak gambar si Afdlin, terus ibu ckp kat babah nak pi tengok. Sib baik babah nak temankan.. Sebelum ni ibu memang tak pernah mis tengok filem-filem Afdlin kat wayang. Tapi semua citer komedi, citer cinta pun mesti mesti komedi romantik ( Soalnya Hati?, Soalnya Siapa?). Tapi kali ni berbeza skit..citer serius, citer sedih..sebab tu nak nengok sesangat tu..
Ternyata filem ni best. Lakonan Afdlin dalam filem ni pun best. Samalah jugak dengan Nasha, Hussein, Baizura, Pierre Andre ( mamat ni pun ibu minat jugak heheeehee..) semua berjaya menghayati watak.. Malah tak keterlaluan jika ibu cakap filem ni lebih bagus dari filem CINTA. Ini pendapat ibu .. Temanya hampir sama dengan filem CINTA, ( skrip Ara dan Mira Musthapa jugak ) iaitu terdapat kisah-kisah yang berbeza dalam satu cerita... Bezanya, yang satu kisahnya tentang perasaan cinta, yang satu pulak tentang kesan dari ketiadaan cinta iaitu SEPI. Adam - sepi bila hidup tak berteman, Sufi - sepi bila ditinggalkan dan Imaan - sepi yang menghanyutkan perasaan ( di luar kawalan). Sedih cerita ni, airmata ibu pun tak segan-segan nak keluar. Ditambah lagi dengan soundtrack dia.. Nasib baik gelap, babah sorang jer yang perasan ibu nangis Ibu suka cerita yang memerlukan penonton berfikir dan selalu 'tertipu'. Ok? Kalau nak faham apa yang ibu cakapkan ni, kenalah tonton filem tu sendiri .
Walaupun filem ni kategori serius, tapi ada jugak diselitkan babak-babak komedi dari Afdlin dan Nasha Aziz. Sebab tulah filem ni tak boring..


PUISI SEPI

Bisik ku pada bulan
Kembalikan temanku
Kekasihku, syurgaku

Tanpa dia malam menemaniku
Sepi memelukku

Bulan jangan biar siang biar malam ini kelam
Biar ia sepi sepertiku



p/s: berpuluh-puluh kali tengok citer BAIK PUNYA CILOK - tak jemu
seronok follow KEKASIHKU SERU - seram!!


Care to comment?


[<<  <  1  2  3  4  5  [6]  7  8  9  10  11  >  >>]    [Archive]

© Pidgin Technologies Ltd. 2008.