Want your
own Fotopage?














 
kenangan sepanjang jalan

By: zan adrieana

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage] | [Track this Fotopage]
[<<  <  1  2  3  4  5  6  [7]  8  9  10  11  >  >>]    [Archive]
Sunday, 6-Jul-2008 00:42 Email | Share | | Bookmark
rajin tak anak dara saya??..(part II)

Walau di mana pun nurin berada, walau apa pun yang sedang dia lakukan, bila terdengar jer bunyi lesung ditumbuk kelam-kabut nurin akan lari masuk ke dapur... Ermm, apa lagi nak 'tolong' ibulah tu. Kalu kita tak bagi mulalah dia nak mengamuk (haa.. dah pandai mengamuk anak saya ni! semua barang nak dibalingnyer ). Alhamdulillah, nurin tak sibuk pulak nak pegang pisau or nak tolong memotong sebab maybe sejak dari kecil ibu dah bagitau yang 'pisau tu tajam'. So that one dia memang tak sentuh. First time, nurin menumbuk, mata dia terpercik dengan bawang..Nangis sat jer, pastu nak sambung lagi sebab anak saya yang sorang ni memang tak tahu serik. Kita yang risaukan dia... Tapi sekarang bila nurin nak tolong saja ibu di dapur, mesti dia bising kat babah suruh carikan sun glass dia hehee... Kadang-kadang tu memang nak tergelak jugak, tapi kami diamkan ajer.. Suka curi-curi tengok keletah dia yang dah semakin cerdik


Care to comment?


Monday, 30-Jun-2008 06:38 Email | Share | | Bookmark


tumpang iklan yer..
singgah la di http://inlove2it.blogspot.com
tima kasih
Wed 30-Jul-2008 08:00
Posted by:mrs love
amboiii..kecik2 dh pndai posing ek Wed 6-Aug-2008 08:31
Posted by:saba
Add comment


Friday, 27-Jun-2008 04:30 Email | Share | | Bookmark


Care to comment?


Friday, 20-Jun-2008 04:40 Email | Share | | Bookmark
LOVE... babah, nurin and ibu


Care to comment?


Sunday, 15-Jun-2008 12:00 Email | Share | | Bookmark
nurin and fun fair!!



Babah bawa nurin dgn ibu pergi tengok fun fair dekat perkarangan stadium bukit jalil. Nilah pertama kali nurin menjejakkan kaki ke pesta fun fair ni. Mula-mula tu tercengang-cengang jugak dia, ermm..lepas tu suka sangatlah!. Peliknyanya, dia ni tak takut langsung bila kita main macam-macam mainan. Masa naik Merry Go Round, bila tiba kat atas tu meremang jugak bulu roma ibu ni.. tapi tengok nurin dengan babah relaks jerk.. Siap boleh jengok-jengok bawah lagi eee...ngeri siot!! Masa naik roller coaster pun macam tu jugak, ibu dah terjerit-jerit tapi nurin masih tetap dengan muka selamba dia... Tapi yang kelakar, bila ibu bawak dia naik kuda pusing tu..dia sibuk nak turun. Tak mau naik plak, maybe tak cukup happening kot harharhaaa... .

Yang tak best plak, bila main-tikam-tikam tu semuanya tak menjadi. Ingatkan dapatlah bawak balik hadiah teddy bear ker, pooh ker.. babah tu main baling2 gelang getahlah, baling bola pimponglah.. hermm..tapi satu pun tak kena.. . Bila dah happy, nurin meragam tak mau balik.. nak tak nak kenalah
kami bawa dia lari sambil telinga ni menahan sakit dek jeritan makcik Nurin Adrieana...

Care to comment?


Saturday, 7-Jun-2008 05:24 Email | Share | | Bookmark
rajin tak anak dara saya??..(part I)

Anak saya yang seorang ni pantang nampak ibu dan babahnya buat sesuatu kerja. Dia pun nak join sama. Babah amik timba, dia pun sibuk cari timba. Babah basuh motor, dia pun sibuk nak basuh basikal dia. Elok-elok basikal tu boleh berlagu ( ada button yang boleh keluarkan macam-macam lagu ) dah langsung bisu jadinya.. Ermm..nnt saya uploadkan pulak gambar dia yang lain. Tengoklah nanti betapa bersungguh-sungguhnya dia menumbuk lesung masa 'membantu' saya di dapur..





amboi nurin..rajinnya..dengan bersungguh-sungguh plak tu..cayalah nurin.. Fri 11-Jul-2008 16:05
Posted by:ibu fasya  - [Link]
Add comment


Monday, 26-May-2008 12:00 Email | Share | | Bookmark
Babah Vs Nurin




Care to comment?


Thursday, 15-May-2008 08:52 Email | Share | | Bookmark
Babah Nurin

 
 
 
View all 15 photos...


Ibu jumpa gambar-gambar ni kat dalam tumbdrive babah.. Saja jer nak upload kat sini .. Ni gambo kenangan babah masa dia training kat Baden dulu.. Sebenarnya kalu ikutkan ( dan apa yang ibu tahulah ) babah ni bukannya jenis yang suka usung kamera ke sana ke sini. Dia pun bukannya jenis yang suka bergambar sangat. Tapi bila ibu tengok gambar-gambar yang babah ambil ni, ermm..boleh tahan jugak. Ada bakat jugak rupanya dia ni.. Kalu digilap, bleh jadi professional photographer nih heheehe... Ermm, malam ni ayang rasa macam nak makan pizza lah bi..


Care to comment?


Saturday, 3-May-2008 12:00 Email | Share | | Bookmark

 
 
 
View all 12 photos...
Day 4 - Our last day in Terengganu

Hari ni kami dah kena check-out hotel. Pagi tu masa nurin and babah masih melayan mimpi indah, ibu bersiap packing barang. Maklumlah, barang-barang yang kami shopping pun dah sebemban. Bukan apa, kalu si kenit tu ada, sibuk dia nak ‘tolong ‘ sama. Kita masukkan baju dalam beg, dia keluarkan pulak.. Kita nak tutup beg, dia suruh bukak. Kadang-kadang tu, dia buang tabiat nak dok dalam beg, sambil sengih-sengih tak mau keluar..

Kami keluar sarapan pagi terus angkut barang masuk kereta. Babah pekena roti canai, ibu dgn nurin makan mee goreng ( nurin ni suka sgt makan mee tau. Bihun, spaghetti,…semualah yang seangkatan dengannya. Bukan tau pedas budak tu, semua dia bedal jerk ). Pastu kami singgah sat, kat Pasar Payang hehee.. ada jer barang yang ibu nak beli. Tak cukup-cukup lagi .. Tengahari kami berhenti kat Kedai Keropok Lekor 007. Nasib baik jumpa, kekawan ibu kat opis tulah sibuk sangat suruh cari… Heran jugak mula-mula dengar nama ni, lepas tu barulah tau rupanya semua kedai keropok lekor kat sini bernombor! Ada 004, 009…

Ermm dek kerana cuaca yang agak panas jugak haritu, ibu ajak babah pergi Hutan Lipur Sekayu, saja nak basah-basah and sejuk-sejuk kan badan… Kami berendam anak beranak sampai kecut-mecut tangan si nurin tu. Sukalah tempat tu, cantik! Tapi airnya deras, bahaya kalu mandi time hujan…Ada pondok istirehat, surau, tandas awam pun banyak. Petang, on the way ke airport kami singgah makan dan minum air buah . Lapolah pulak perut masa tu.. Flight kami pukul 9mlm, so sementara nak tunggu tu, penatlah ibu dan babah main kejar-kejar dengan nurin..

* Selamat tinggal Terengganu. Panjang umur, kita datang lagi!

hehehe makcik red riding hood nih http://srv.fotopages.com/2/18404452.jpg
tak penat ker berlari sana sini.. ..
aku tgk yang penat..
Mon 9-Jun-2008 09:02
Posted by:eyna  - [Link]
re:

eyna: hermm.. taktau penatnyer budak tu. Tulah, kekadang aku pun kompius..ni pompuan ker laki nih? tak gheti dok diam.. semua org nak ditegurnya..cuit orang tu, cuit orang ni...
Wed 11-Jun-2008 05:25
Posted by:ibu nurin
Add comment


Friday, 2-May-2008 12:00 Email | Share | | Bookmark

- Day 3 -




Hari ketiga ni memang kami berjalan sakan. Keluar pagi, amik breakfast pastu terus round2. Banyak tempat jugaklah yang kami singgah. Masjid Terapung, Kompleks Noor Arfa Batik, Sutera Semai, Heritagebay Club Marina & Resort ( tak silap ibu, ini penginapan rasmi utk peserta Monsoon Cup ), Pulau Duyung, Losong and Masjid Kristal dekat Taman Tamadun Islam, Pulau Wan Man. Masjid Kristal ni best tau, cantik! dari jauh, nampak berkilau-kilauan . Tapi sebenarnya dia takderlah besar sangat, cuma banyak kubah jer.. Tapi kat area situ ada jugak beberapa replika bangunan berasaskan senibina Islam macam Taj Mahal di India, Al-Hambra (Spain), Masjid Samarra (Iraq), Kompleks Suleyman (Turkey), Kaylan Tower (Uzbekistan) and Masjid Xian (China).

Penat berjalan, babah bawa kami singgah di Pantai Teluk Ketapang makan 'seafood goreng tepung'. Sepinggan udang or sotong di kira RM 5. Ada ikan goreng, ketam goreng.. Memang sedap, tapi ibu tak dpt makan banyak sebab nurin dah belasah semua!




banyak lagi gambo sebenonya, tp ibu dah tak laratlah nak edit

re:

Nurin tu ada mood ibu fasya oii.. kekadang bila nampak kita pakai, dia pun mulalah cari dia punya jugak. kekadang tu dia tak heran pun..ada masa pulak, nak suruh pakai topi time panas-panas pun dia tak mau!
Thu 5-Jun-2008 01:37
Posted by:ibu Nurin
acehh ceh cehhhh ibu awak ehh..
aunty ingat artis mana tadi heheheheh
Mon 9-Jun-2008 08:57
Posted by:aunty eyna  - [Link]
re:

aunty eyna: bukan mcm artislah.. cam selebriti jerk! heheehee. Artis mana bleh tembam2 mcm tu kan...
Tue 10-Jun-2008 01:51
Posted by:ibu nurin
View all 4 comments Add comment


[<<  <  1  2  3  4  5  6  [7]  8  9  10  11  >  >>]    [Archive]

© Pidgin Technologies Ltd. 2008.