|
|
| Thursday, 1-May-2008 12:00 |
Email | Share | | Bookmark |
|
|
|
- Day 2 -
Lupa plak nak cerita, kat sana babah sewa kereta kancil. Blehlah kan..setakat nak bawak kami anak beranak ni. Ok, kami memulakan hari kedua dengan berkunjung ke Pasar Payang. Mak aaiiihh..rambang mata beb! Dari satu kedai, ke satu kedai ibu masuk. Apalagi.. pinggan mangkuk ibu tak dapat beli, habis kain sutera ibu borong . Tak sedar hari dah tinggi, sampai babah cakap kalau ibu nak tidur kat pasar tu pun takper.. Dia ngan nurin nak balik makan, ishh..ayat makan dalam tu
Petang tu pulak kami berjalan-jalan di pekan. Ambil gambar di Dataran Syahbandar, Istana Maziah, naik bas antik (comel tau bas tu..) dan tengok orang main layang-layang kat pantai Batu Buruk. Babah temankan nurin mandi manda, bukan main seronok dia. Eksyen pulak, tak mau orang pegang dia dalam air tu. Ermm biila dah kena langgar ombak, mulalah tertonggeng-tonggeng.. . Dah penat berenang, (ceh cam pandai jerk ) malam tu kami menjamu selera di Restoran Terapung Puteri berdekatan dengan jeti bot ke Pulau Redang.. Pastu balik hotel, tiga-tiga beranak terbongkang kepenatan... zzzzzzzz....
|
|
|
|
|
|
| Wednesday, 30-Apr-2008 13:08 |
Email | Share | | Bookmark |
|
Jom jalan Terengganu wehh.. begheh!!
|
|
Sempena cuti hari buruh, babah nak bawak ibu dan nurin bercuti ke Terengganu. Maklumlah, sebelum tu 2minggu dia tinggalkan kami. Outstation ke Baden... At first, kami tak tau nak ke mana, ibu ajak babah pi Langkawi, tapi babah tak mau (sebenonya ibu nak shopping periuk belanga and pinggan mangkuk heheee..) Memanglah kami dah 4 kali ke sana, ( honeymoon pun kat sana gak ) tp sian nurin, dia tak pernah jejak pun Langkawi tu (cehcecehh.. baik punya alasan ). Tapi jawapan babah, ".. tunggu nurin ada 2 orang adik, baru kita bleh pi lagi.. " . So memandangkan tahun ni tahun melawat Terengganu, maka kami pun terbanglah ke sana..
Terengganu, here we come!!!.."
* kredit to http://www.tourism.terengganu.gov.my
|
|
|
|
|
|
| Friday, 29-Feb-2008 02:01 |
Email | Share | | Bookmark |
|
Nurin ke ibu nih?
|
|
|
|
|
|
|
|
| Tuesday, 12-Feb-2008 12:00 |
Email | Share | | Bookmark |
|
Bila anak ibu dah pandai... (Part II)
|
|
|
|
|
|
|
|
| Thursday, 24-Jan-2008 02:47 |
Email | Share | | Bookmark |
|
Bila anak ibu dah pandai... (Part I)
|
|
Umur Nurin nak masuk setahun setengah dah sekarang. Gigi dah penuh, mulut makin banyak.. Dah pandai menyanyi, pandai mengajuk cakap orang dan yang paling terrer skali berjoget! Walau pun agak pelat skit, dan kadang-kadang guna bahasa German (bahasa yang dia sendiri jer faham ) tapi dia tetap suka bertanya.. " Apa tu?".. " Ni apa nih?"... Ermm.. lagi satu, pantang nampak orang membaca, dia pun sibuk juga nak join sama. Habis magazine2 ibu dan buku2 babah terkoyak sebab berebut dengan dia . Sebab tu babah belikan dia buku cerita, buku ABC , buku mengira 123 dan buku mengenal haiwan. Nurin kalu membaca, memang penuh perasaan siap dengan gaya skali. Bila tengok skali, macam orang berpidato pun ada jugak
|
|
|
|
|
|
| Saturday, 19-Jan-2008 23:00 |
Email | Share | | Bookmark |
|
Sunat hari Asyura
|
|
Maka babah pun telah mengambil inisiatif untuk menambahkan pahala sunat dia hari tu. Dia telah melapangkan masa, mengorbankan futsal demi untuk membelanja anak dan isteri tercinta makan di Restoran Village View, Bangi. Kalu nak tau, Village View ni memang tempat fav ibu. Walaupun sentiasa ramai pelanggan, tapi service tetap hebat. Makanan sedap, pemandangan pun indah mata memandang...Anyway, thanx to babah. Memang best malam tu, perut ibu pun kenyang
Nurin pulak baru baik demam masa tu. So, ibu siap-siap bawak kan bubur ayam untuk dia. Tapi tengoklah gelagat dia tu. Kalu bab makan, memang tak pandang dah kiri-kanan. Dia boleh duduk diam sampai abis makanan tu. Bila dah abis, barulah bangun nak berjalan ke sana-sini. Orang kata bila demam, kita selalunya tak ada selera nak makan kan?. Tapi tak bagi Nurin ni, ibu tengok walau apa pun keadaan dia, makan tetap makan. Kawan-kawan ibu semua cakap yang ibu ni rajin. Selalu masak dan bawak makanan Nurin walau ke mana pun pergi. Tengok pengantin, pergi shopping, pergi picnic mesti ibu bawa makanan dia. Abis tu nak buat macam mana,.." Anak saya ni suka makan!".. Nak bagi makan nasi kenduri tak boleh, lauk pedas-pedas so takder pilihan ibu terpaksalah masak. Lagipun babah lebih suka ibu yang masak makanan untuk Nurin instead of bagi makanan segera pada dia. Kalau dia meragam, ubatnya ialah makanan. Tak kisahlah biskut ker, keropok ker, coklat ker, buah ker.. apa-apa jerlah, asalkan dia boleh makan. Sampai kakak jiran sebelah rumah cakap.. " Nurin ni asal auntie nampak jer, mesti tengah makan. Mesti ada makanan kat tangan dia!".. Nurin pun jawab, “hobi saya makan auntie!”..
berseleranya dia makan...
dah kenyang, terus lena..
ada kolam ikan kat sebelah meja makan kami...
|
|
|
|
|
|
| Saturday, 19-Jan-2008 12:00 |
Email | Share | | Bookmark |
|
10 Muharram - Hari Asyura
|
|
Ibu dapat email ni dari seorang kenalan. Mari berkongsi sesama kita:
Mengikut masyarakat Islam, hari Asyura merupakan hari yang telah menyaksikan banyak sejarah besar dan keajaiban berlaku ke atas para nabi. Disebabkan itu, masyarakat Islam menghormati hari tersebut seperti juga yang diamalkan oleh Muhammad S.W.A
Masyarakat Islam juga turut percaya berlakunya kejadian besar ketika 10 Muharram. Antaranya:
Hari pertama Allah menciptakan alam.
Hari Pertama Allah menurunkan rahmat.
Hari pertama Allah menurunkan hujan.
Allah menjadikan 'Arasy.
Allah menjadikan Luh Mahfuz.
Allah menjadikan alam.
Allah menjadikan Malaikat Jibril.
Empat belas perkara sunat dilakukan pada hari Asyura :
(1) Melapangkan masa/belanja anak isteri. Fadilatnya - Allah akan melapangkan hidupnya pada
tahun ini.
(2) Memuliakan fakir miskin. Fadilatnya - Allah akan melapangkannya dalam kubur nanti.
(3) Menahan marah. Fadilatnya - Di akhirat nanti Allah akan memasukkannya ke dalam golongan
yang redha.
(4) Menunjukkan orang sesat. Fadilatnya - Allah akan memenuhkan cahaya iman dalam hatinya.
(5) Menyapu/mengusap kepala anak yatim. Fadilatnya - Allah akan mengurniakan sepohon pokok
di syurga bagi tiap-tiap rambut yang disapunya.
(6) Bersedekah. Fadilatnya - Allah akan menjauhkannya daripada neraka sekadar jauh seekor
gagak terbang tak berhenti-henti dari kecil sehingga ia mati. Diberi pahala seperti bersedekah
kepada semua fakir miskin di dunia ini.
(7) Memelihara kehormatan diri. Fadilatnya - Allah akan mengurniakan hidupnya sentiasa diterangi
cahaya keimanan.
[8] Mandi Sunat. Fadilatnya - Tidak sakit (sakit berat) pada tahun itu. Lafaz niat: "Sahaja aku mandi
sunat hari Asyura kerana Allah Taala."
(9) Bercelak. Fadilatnya - Tidak akan sakit mata pada tahun itu.
(10) Membaca Qulhuwallah hingga akhir 1,000X. Fadilatnya - Allah akan memandanginya dengan
pandangan rahmah di akhirat nanti.
(11) Sembahyang sunat empat rakaat. Fadilatnya - Allah akan mengampunkan dosanya walau
telah berlarutan selama 50 tahun melakukannya. Lafaz niat: "Sahaja aku sembahyang sunat hari
Asyura empat rakaat kerana Allah Taala." Pada rakaat pertama dan kedua selepas Fatihah dibaca
Qulhuwallah 11X.
(12) Membaca "has biallahhu wa nik mal wa keel, nikmal maula wa nikmannaseer". Fadilatnya - Tidak
mati pada tahun ini.
(13) Menjamu orang berbuka puasa. Fadhilat - Diberi pahala seperti memberi sekalian orang Islam
berbuka puasa.
(14) Puasa. Niat - "Sahaja aku berpuasa esok hari sunat hari Asyura kerana Allah Taala." Fadilat - Diberi
pahala seribu kali Haji, seribu kali umrah dan seribu kali syahid dan diharamkannya daripada neraka.
{b}Perihal 14 perkara sunat dilakukan pada hari Asyura.{/b}
Secara umum, kesemuanya merupakan sunnah nabi Muhammad S.A.W. Tetapi secara umum di sini bermaksud bukan hanya utk hari tersebut sahaja malah utk hari2 lain juga. Tetapi sayang amalan2 yg mmg sebenarnya sunnah umum telah dicemari dgn fadhilat2 yang bathil sama sekali. Ketahuilah bahawa Allah telah menyediakan tempat di neraka jahanam bagi mereka yg menciptakan sesuatu kemudian disandarkan kepada Rasulullah S.A.W. Dan ketahuilah tidak ada org yg lebih layak utk mengatakan akan fadhilat2 tersebut melainkan Allah dan Rasul-Nya.
|
|
|
|
|
|
| Saturday, 12-Jan-2008 09:19 |
Email | Share | | Bookmark |
|
Airport
|
 |
|
makan kat M'Donald
|
|
 |
|
Nurin dah tak sabo nak masuk main tu!...
|
|
 |
|
ehehh... laki ke pompuan ni? Ada orang kompius plak.
|
| | View all 6 photos... |
|
Gambo-gambo ni ibu ambil masa di KLIA sewaktu kami menunggu kepulangan wan dan atuk yang baru pulang dari mekah. Kami semua berkumpul dan bertolak dari rumah atuk di Kajang. Pukul 9mlm semuanya dah tercangak-cangak kat balai ketibaan tu. Tapi malangnya flight atuk delay beberapa jam.. Flight yang sepatutnya tiba pukul 9.30mlm mengikut jadual, tertunda sampai pukul 11.30mlm! Puaslah kami semua menghabiskan masa kat airport tu sementara menunggu atuk tiba. Pergi makan, jalan-jalan... Kanak-kanak pulak (termasuklah anak dara saya yang sorang tu) seronok dapat main kat tempat permainan budak-budak ( alah, gelongsor yang model kapal terbang kat sebelah KFC tu).
Tapi bila atuk dan wan tiba, Nurin dah tidur dlm stroller dia. Letih sangatlah tu, punyalah bising kat airport tu, dia masih boleh nyenyak lena.. Gambo-gambo ni diambil sebelum ketibaan atuk dari mekah. Tapi bila depa dah sampai, terlupa plak ibu nak ambil gambo kami semua. Maklumlah, masing-masing dah seronok + letih, semua nak cepat balik jer.
|
|
|
|
|
|
| Thursday, 27-Dec-2007 12:00 |
Email | Share | | Bookmark |
|
Little Red Riding Hood
|
|
|
|
|
|
|
|
| Thursday, 20-Dec-2007 18:30 |
Email | Share | | Bookmark |
|
duyung
|
|
Nurin memang suka sangat main air. Kalau dapat duduk dalam kolam dia ni, sampai jari tangan dah kecut2 pun tak mau jugak dia keluar. Kalau boleh, semua barang permainan dia nak bawa masuk dalam kolam tu. Kalau sebut jer nak mandi, sambil tesengih-sengih dia terus angkat tangan ( nak suruh buka baju ler tu..). Bila dah ada kat bilik air, macam- macam benda yang dia nak main, nak pegang.. dari berus gigi babah, sampailah ke berus jamban .
|
|
|
|
|