Want your
own Fotopage?














 
kenangan sepanjang jalan

By: zan adrieana

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage] | [Track this Fotopage]
[<<  <  1  2  3  4  5  6  7  8  9  [10]  11  >  >>]    [Archive]
Saturday, 1-Sep-2007 11:24 Email | Share | | Bookmark
Happy 1st Birthday

 
 
 


Wajahmu yang mulus
Sangat-sangat menyenangkan
Matamu yang bercahaya
Memberi sinar kebahagiaan
Senyummu yang manis
Memberikan satu kekuatan…

Selama setahun ini,
Aku tak pernah putus bersyukur
kerna kau anugerahNya yang paling istimewa

moga hidupmu sentiasa dilimpahi rahmat,
moga kesejahteraan dan kebahagiaan sentiasa mendampingimu..
dan moga kejayaan itu akan sentiasa menjadi milikmu…
Selamat hari lahir sayangku...

Doa ini,
Tanda kasih seorang ibu…






re:

aunty yg ader anak encem : alah, aunty tu saja jer taknak dtg nurin. takut kena bg hadiah lah tu..takper raya nnt, kita pau duit raya byk kat dia. ibu mmglah suka puisi,sbb ibu kan berjiwa lembut .
fasya : time kacih... Nak dtg?bleh..bleh, beraya umah kita nnt yer...bleh jumpa aunty aja (yg dah nak kawin tu) skali
Wed 26-Sep-2007 04:17
Posted by:ibu Nurin  - [Link]
Izan, rupenye anak ko beza 6 hari je ngan anak aku..Harith 21 August Wed 17-Oct-2007 11:14
Posted by:NNE nnazahiyah@gmail.com  - [Link]
E'eh...Birthday Nurin 27 August ker???? Auntie Asma 28 August tau...Next year suruh Ibu Nurin wat Birthday party Auntie skali ekkkk.... Tue 23-Oct-2007 11:27
Posted by:asma as28880@yahoo.com.sg
View all 6 comments Add comment


Monday, 27-Aug-2007 16:49 Email | Share | | Bookmark
Congratulations!!

Ucu dengan Wan dan Atuk
Kami dan Ucu
atuk, wan, ucu, kami and Nurin's cousins
View all 9 photos...
2 bulan berturut-turut Nurin pergi Konvokesyen. Ucu (Pak Usu Nurin) punya kat UTM Skudai, Abg Cak (abg saudara Nurin) punya kat PICC Putrajaya. Babah cakap, suatu hari nanti ibu dengan babah pulak akan masuk dalam dewan tengok Nurin ambil ijazah. Pastu bleh jadi doktor. Babah nak sangat dia jadi doktor. Ibu tak kisah...Janji Nurin dah besar nanti jadi orang berguna, sudah!



Malam tu pulak babah bawak Abg Cak dengan adik2 dia pi tengok bola, final Perak Vs Kedah. Ibu dengan Nurin bawak Khala Sara dengan Mamu Ya pi makan nasi kerabu dekat kedai Selera Timur, Bandar Kinrara. Makan dan makan!!

* khala= ibu saudara sebelah babah. Depa ni keturunan mami, tp muka babah macam spesis lain kan? sepet-sepet jerk


Anak babah dah makin rindu ker...sabar la sayang, lg sminggu babah balik bwk ole2..ibu punya pon ada. babah dah belikan nurin skirt jeans buat pakai raya, dgn tabung utk simpan duit raya nnt...lusa nie babah nak pegi Baden, Switzerland plak...sabtu 06/10 babah ada la kat umah..jgn nakal2 tau!!kesian kat ibu... Thu 27-Sep-2007 10:08
Posted by:babah Nurin mohd.fadzli@power.alstom.com
Add comment


Tuesday, 7-Aug-2007 14:09 Email | Share | | Bookmark

Babah, ibu and Nurin dekat umah Mama Mok
Sibuk nak duduk kat kati baby Adib
celebrity and papparazi!!
View all 4 photos...
Sabtu lepas kami berkunjung ke rumah 'Mama Mok' (mak ngah Nurin). Saja jer datang melawat abang Alif and baby Adib.Hee..hehe.. sebenonya ibu yang malas nak masak, sebab tulah kami serbu rumah mama. . Konon nak datang melawat ( sedap sikit bunyinyer) tapi siap tanya menu lagi. Pastu siap suruh bibik masak nasi lebih2 skit!.



Nurin memang seronok kalau main dengan kakak2 sepupu dia tu. Almaklumlah, kat rumah main sorang2, cakap sorang2 takder kawan... Kat situ dialah jadi perhatian, mana tak seronok!!
[quote]

akhirnya terkeluar gak entry yang seterusnya.. besar comel ah nurin...
amboi..seksi ehh skang...
Wed 19-Sep-2007 12:53
Posted by:eyna  - [Link]
Add comment


Sunday, 24-Jun-2007 07:23 Email | Share | | Bookmark
Jom jalan-jalan ke taman...

 
 
 
View all 8 photos...
Bawak Nurin jalan-jalan ke Lake Garden dan Taman Tasik Cempaka... Seronok dia tengok budak-budak naik buaian dan gelongsor. Melompat-lompat dia nak ajak naik jugak..

zan aku ah load gmbr baby kuuuuuuuuu Tue 3-Jul-2007 05:05
Posted by:eyna a.k.a mama aqeel  - [Link]
alahai comelnye nurin...sebijik muke pale....bile nak tmbh baby lagi? Wed 4-Jul-2007 11:04
Posted by:emon
http://girl-charms.blogspot.com/
http://pickadress.fotopages.com
http://saliza1979.fotopages.com/
Tue 14-Aug-2007 13:21
Posted by:Mama Ashralf idavda@yahoo.com  - [Link]
View all 8 comments Add comment


Thursday, 7-Jun-2007 06:22 Email | Share | | Bookmark
Cuti-cuti Malaysia!!

banglo...
 
penuh satu kolam
View all 14 photos...
Along sekeluarga balik bercuti selama 3minggu. Diam tak diam, dah 2 tahun rupanya mereka kat Riyadh, Arab Saudi tu. Along kata, ada lagi setahun untuk fasa pertama Universiti Al Faisal tu siap.
Kami sekeluarga ambil peluang ni untuk bercuti bersama-sama. Bukan senang nak berkumpul dan bercuti reramai ni. Kami menginap 2 hari 2 malam kat A Famosa resort. Duduk kat banglo 4 bilik, puas hati. Ada swimming pool sendiri, tak bercampur dengan orang lain. Sepupu Nurin semua dah besar, dah pandai mandi sendiri. Kalau boleh 24jam nak dok dalam kolam tu . Tapi Nurin pun apa kurangnya. Bila nampak orang semua terjun kolam, dia pun sibuk nak masuk jugak...

Tapi heran jugak, dia tak takut langsung. Bawak mandi laut pun tak takut jugak, seronok lagi ada!

Care to comment?


Friday, 18-May-2007 04:59 Email | Share | | Bookmark

 


Nurin sekarang tidur lasak sangat. Dia boleh berpusing 360darjah dalam masa 1/2jam. Kami pun dah tak tidur atas katil lagi,fobia! Masa Nurin 6bulan, dia pernah jatuh katil. Tak taulah, macam mana dia boleh jatuh. Tup-tup jer dengar bunyi "gedebuk", dan diikuti dengan tangisan yang penuh perasaan..(terkejutlah kot, mana taknya sedap-sedap bergolek tiba-tiba tergolek terus hehee...).

Kadang-kadang kami tidur kat ruang tamu jer, especially bila time panas tue (maklumlah, rumah belum ada air cond ).. Dan masa nilah, kita boleh tengok macam mana hebatnya Nurin beraksi semasa tidurnya ...

Baik-baik pergi mencuci
Mencuci kain di tepi muara
Entryku hari ini beraroma kimchi
Cantik di mata tapi tidakku berselera
Tue 26-Jun-2007 09:10
Posted by:Ouled Kenitra  - [Link]
a'ahlah nieta, memang dia lasak sangat. fobia dah nie! Thu 28-Jun-2007 00:27
Posted by:izzulyfa
Ouled Kenitra,
saya dah tgk entry awak tu.
memang nampak best jerk.
tapi tak selera? tak sedap ker?
Thu 28-Jun-2007 00:30
Posted by:izzulyfa
View all 4 comments Add comment


Friday, 4-May-2007 10:58 Email | Share | | Bookmark
Ada style lah hehee...

 
 
 
View all 6 photos...
Dulu masa kecik, Nurin tak kisah pun apa orang nak letak pada dia. Bila pakaikan hair band or topi pun dia tak sibuk nak cabut. Tapi sekarang, ermmm...dia dah pandai capai. Kalau kita pakaikan semula hair band yang dia capai tu, dia akan cabut lagi. Kemudian tu baling jauh-jauh. Ishh..ikut perangai sapa lah tu! Nak tunjuk tanda protes lah tu, marahlah konon tue... Tapi ibu pakaikan jugak hahaaha..biar dia marah!

Care to comment?


Sunday, 29-Apr-2007 05:43 Email | Share | | Bookmark
Selamat Penganten Baru...

dapat jugak si 'Beckham' ni berbinikan 'Siti' hahaahaa..
mempelai 2 sejoli
Nurin dan babah
Selamat Penganten Baru Abang Umam dan Kak Siti...Semoga berbahagia hingga ke anak cucu...

Care to comment?


Monday, 23-Apr-2007 13:00 Email | Share | | Bookmark
Dah besar anak ibu

 
 
 
View all 8 photos...


Gambo Nurin masa mula-mula belajar duduk. Senget-senget nak balance badan. Sekarang ibu and babah dah boleh makan luar, sebab Nurin dah pandai duduk

comelnya nurin ni...macam anak "nippon" la Wed 23-May-2007 06:13
Posted by:adek  - [Link]
Comeynye nurin..2 tahun lagi bleh main sama2 ngan fasya yek.. Mon 4-Jun-2007 15:27
Posted by:azira mdsn@soton.ac.uk  - [Link]
assalamualaikum...
sori lama xkontek ko fiszan...
pape pun aku tumpang gembira tgk wajah ceria n comel anak ko nih....
betul ckp adek...cam nippon ar muka anak ko..
pape pun peluk cium kan anak ko utk aku ek...
kim salam pali n family ko...
take care n miss u alots...
Wed 20-Jun-2007 11:08
Posted by:aja
Add comment


Saturday, 21-Apr-2007 04:50 Email | Share | | Bookmark
Happy Birthday to Abg A'an & Abg Alip (Nurin's cousins)

pakai topi cepat
Nurin and Pak Ngah
jom tiup lilin
View all 6 photos...



Besday Mohd Farhan Abdullah and Mohd Aliff. Kami sambut dekat umah atuk kat Kajang. Nurin pun excited jugak, seronok dia!!

Care to comment?


[<<  <  1  2  3  4  5  6  7  8  9  [10]  11  >  >>]    [Archive]

© Pidgin Technologies Ltd. 2008.