Anakku,
Adakalanya kita umpama meniti di tepian pantai
Yang pasti melalui pasang surut kehidupan
Suatu hari akan tiba masa
Kau harus bersedia menempuh segalanya..
Jangan kau terlalu suka bila hari indah
Jangan kau terlalu gembira dengan pasirnya yang bersih
Dan jangan kau terlalu mengagumi mentari yang menyinar
Kerana langit tak selalunya cerah…
Kelak kau juga pasti akan berduka
Bila menyaksikan senja datang menyapa..
Sedih bila ombak menghempas ke pantai
Dan akan rebah bila ribut menghembuskan bayunya..
Namun anakku
Biar apa pun yang datang padamu
Kau harus jadi manusia tabah
Berjalanlah dengan akal
Selusurilah pantai itu dengan iman dan taqwa
Semoga kau akan sentiasa dilindungiNya
Wahai anakku
Jika kau jatuh
Usahlah terus menangisi kegagalan
Sebaliknya jadikanlah ia sebagai pedoman
Dalam menggagahi suratan kehidupan
Kerana kami akan terus setia di sini
Mendoakan kesejahteraanmu
Dunia dan akhirat