Want your
own Fotopage?














 
kenangan sepanjang jalan

By: zan adrieana

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage] | [Track this Fotopage]
View complete fotopage

Wednesday, 28-Jan-2009 10:28 Email | Share | Bookmark
Holiday In Gold Coast - Day II

 
 
 
 
 
 
 
 
 
sebelum masuk panggung
 
 
 
 
 
 
 
 






Memandangkan cuti babah tak lama, kami pun berjalan mana yang sempat jer lah..
Mula-mula kami pergi ambil gambar dekat AMPOL , ni tempat bot-bot persendirian berlabuh. Tapi tak bolah masuk ke dalam sebab takder pass.. Cuma owner jer yang boleh berada dalam kawasan jeti tu.. Banyak bot yang cantik-cantik tau, mewwahhh!!

Antara tempat popular di Gold Coast ni, selain pantai dia.. ialah Dreamworld Theme Parks. Dreamworld terbahagi kepada tiga : Warner Brothers Movie World, Wet 'n' Wild Water World, and Sea World - the largest marine park in the Southern Hemisphere.. Kami memang tak mau pergi Water World tu, maklumlah bawak budak kecik kan..ntah apa jer yang boleh di main nanti.. Takkan setakat nak mandi kolam jer bayar mahal-mahal tu.. Sea World pun tak mau masuk , sebab babah cakap kita baru jer pergi akuarium Sydney.. alih-alih tengok ikan jugak . Nampaknya memang kami ke Warner Brothers Movie World jerlah. Tempat ni memanglah sangat-sangat sesuai untuk kanak-kanak. Bayaran masuk untuk orang dewasa AUD $69, untuk kanak-kanak AUD $45. Kat sini ada permainan yang bertemakan kartun kegemaran kanak-kanak. Dia lebih kepada family theme park lah tue.. Ada Shrek, Looney Tunes, Batman, Superman, Coyote, Tweety..and macam-macamlah lagilah… Ada juga permainan untuk orang dewasa macam Lethal Weapon The Ride, Batwing Spaceshot, Wild West Falls, Road Runner Roller Coaster, Superman Escape, Action Stunt Show.. ishh banyak lagilah!.. Kami berkesempatan menonton Shrek 4D Adventure. Ala-ala wayang 4D camtulah.. Setiap orang dibekalkan dengan cermin mata 4D sebelum masuk. Memang best sangat. Mula-mula tu ibu risau jugak kalau-kalau nurin menangis ketakutan, maklumlah gelap kat dalam tue.. Tapi dia ok jer, Cuma cuak skit bila kerusi yang kitorang duduk ni bergerak-gerak mengikut adengan. Kejap terjongket, kejap melambung!! Bila Shrek bersin, tiba-tiba jer terasa macam disembur dengan sesuatu. Ntah dari mana datang ntah.. Terkebil-kebil si nurin bila air masuk mata dia heheheeee.. Bila fairy kecik datang nak selamatkan Princess Fiona, nampak macam dia terbang betul-betul depan mata. And yang paling gerun, bila Donkey dikejar dengan beribu-ribu spider, dengan tak semena-mena terasa geli-geleman macam ada sesuatu merayap kat kaki nie.. Auuwww!! :surprised: Sepanjang menonton tu ibu tengok nurin pegang jer dia punya spec tu, maklumlah spec tu lebih besar dari dia .. Kalu tak pakai, tak best gambo nampak blur jerk..



Penat bermain, lapo?? Jangan risau sebab kat sini ada disediakan restoran makanan halal. Makan ala-ala buffet, harga berdasarkan package yang diambil. Jika anda memilih untuk makan sekali sahaja, maka satu kepala dikenakan bayaran sebanyak AUD $ 23 dan AUD $27 setiap kepala jika anda memilih untuk masuk berulang-kali anytime yang anda suka. Harhahaha..macam iklan plak

Kat dalam situ jer kami dah abiskan masa berejam. Pukul 3.00 ada Wall Street - All Sar Parade, Masa sini semua favorites cartoon character akan berarak di sepanjang jalan utama taman tue.. Tu yang orang semua tunggu-tunggu sebenarnya, sebab lepas jer abis perarakan semua sibuk nak balik dah… Ada jugaklah yang tunggu untuk ambil gambo, tapi ibu malaslah nak tunggu ramai-ramai tuuu.. So, dalam hujan gerimis, kami pun berangkat pulang. Ibu ingat petang tu nak berjalan di pantai, tapi hujan kan... Terpaksalah batalkan niat, last skali kami keluar masuk kedai jer lah hehhheeee…




Malam tu, kami habiskan masa mencari souvenir and jalan-jalan... Kat sini dan Melbourne malam-malam pun hidup, kedai masih banyak yang bukak. Tak macam kat Sydney, kul 5;30pm jer sumer dah sibuk nak tutup kedai.. Balik dari jejalan, ibu terus telefon wan, maklumlah hari ni ucu bertunang…Ibu telefon ucu tak dapat.. Wan baru sampai dari rumah pengantin pompuan kat melaka. Alhamdulillah wan cakap semuanya berjalan lancar.. Selamat bertunang Ucu!!


p/s : nak tengok gambo ucu bertunang?



besar ke Theme Park dia zan??.. sepanjang dlm tu kita kene jalan kaki ekk??
makanan susah ker senang??.. (haa byk aku nak ty nih) kekekek ..

**chanteknyer gmbr tunang tuu.. tu tunang ke kawen zannn????!!
Sun 8-Feb-2009 07:48
Posted by:eyna
re:

besarlah jugak.. a'ah kat dlm tu kena jalan kaki jer. makanan kat mana? kalu kat dlm tu mmg ada restoran halal. Kalu kat Surface Paradise pulak rasanya ada 2-3 kedai makan halal.
haa.. tu br bertunang tu na.. kalu kahwin tak taulah plak nnt
Fri 13-Feb-2009 10:19
Posted by:izan


Add your comment
Name
Email (optional)
Register for updates Register for this Fotopage update (requires email)
Register for entry comments update (requires email)

More...
Link URL (optional)
verification Code
fill in the below number in the box





View complete fotopage


© Pidgin Technologies Ltd. 2008.