Want your
own Fotopage?














 
kenangan sepanjang jalan

By: zan adrieana

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage] | [Track this Fotopage]
View complete fotopage

Friday, 27-Feb-2009 12:00 Email | Share | Bookmark
AAC




Mungkin ramai yang dah pernah nenonton filem ni. Tapi ibu nak tulis jugak kat sini .Ibu bukanlah peminat filem-filem Indon sebenarnya. Ibu pun tak rajin mengikuti perkembangan dunia perfileman di sana. Seingat ibu filem Indonesia yang pernah ibu tonton hanyalah Ada Apa Dengan Cinta, masa tu ibu study lagi. Itupun sebab banyak gembur gembur mengatakan filem tu best, cerita yang sangat sesuai dengan jiwa remaja. Tapi bagi ibu cerita tu takderlah best mana pun. Ni pendapat ibu ok.. maybe sesetengah orang kurang bersetuju dengan pendapat ni…so no heart feelings, bak kata aunty Eyna! . Banyak juga filem-filem Indon selepas itu yang meletup-letup di pawagam kita. Antaranya filem lakonan Archa dan Irwan tu..Apa ntah tajuk dia, ibu pun tak ingat dah.. Bila ibu baca sinopsis filem-filem Indon lain ni kat media, ntahlah tak rasa macam menarik pun nak ditengok sehinggalah ibu terbaca ulasan filem Ayat-Ayat Cinta di PancaIndera sempena kejayaannya yang mengaut banyak anugerah di beberapa festival filem yang dianjurkan seluruh di Asia. Terdetik juga nak tengok filem tu, sipnosis macam menarik, tapi biasalah..susah skit sekarang ni. Komitmen banyak .. Tapi bila ibu terlihat iklan filem ini yang akan ditayangkan di TV3 sempena hari raya tahun sudah memang ibu happy giler. Siap bagitau babah awal-awal, pada tarikh sekian-sekian ibu dah cop nak tengok movie ni .

Mula-mula babah mengomel jugak ( husband saya tak minat betul dengan cerita Indon, baik filem mahupun drama ) tapi ibu buat tak tau jerk heheheee.. Selalunya kalau ibu tengok cerita yang babah kurang minat, dia akan terus naik atas tidur dengan nurin. Tapi kali ni ibu tengok babah setia bersandar di sebelah ibu menonton filem tu ... Filem cinta yang diadaptasikan dari sebuah novel tulisan Habiburrahman El Shirazy ini memang bisa meruntun jiwa dan menyedarkan kita bahawa cinta kepada yang Agung perlu melebihi segala-galanya. Antara yang sangat menarik bagi ibu tentang filem ini ialah :

1) Bila ia memaparkan watak Maria seorang gadis Koptik (Arab Mesir yang beragama Kristen) yang hafal Al-Quran, dan selalu berbincang dengan Fahri tentang isi kandungannya. Mesej? Ilmu itu tidak kira apa pun, kita boleh pelajari selagi ia mendatangkan kebaikan..

2) Lagi satu, babak bila Fahri disumbat ke dalam penjara di atas tuduhan merogol. Fahri selalu mempertikaikan ( bertanya kepada Tuhan ) mengapa dia harus ditimpa musibah sedemikian sedangkan dia seorang yang sangat patuh pada perintah agama. Dan waktu itu seorang banduan telah menyedarkan dia supaya cuba bermuasabah diri, jangan menganggap bahawa kita manusia sempurna…yang terbaik..yang paling soleh… Ibu rasa apa yang cuba dipaparkan di situ ialah walaupun kita selalu digambarkan oleh orang lain sebagai seorang yang sangat alim, sangat baik..sebenarnya kita tetap ada kekurangan selagi kita bernama manusia. Dan jangan memandangkan rendah kepada orang lain kerana mungkin dia lebih tinggi dari kita di sisi Tuhan..

Tak payah cerita banyak, kesimpulannya filem ni memang best. Ibu tak bosan nak tonton banyak kali. Jika anda ingin mencari kelainan dalam filem cinta, yang benar-benar cinta…inilah dia..

Bak kata Dr Azwan dalam blognya ..

“Filem ini penuh dengan mesej yang sarat, menampilkan elemen keislaman yang fundamental tetapi tetap bermotifkan cinta, tetapi cinta yang lebih agung.... bukan Cinta Fotokopi atau Main Main Cinta…”



ct memang suka sangat ngan cerita ni...banyak yg tersirat dari yg tersurat...
salam kenal dari ct @ cinta di love lane
Sat 28-Feb-2009 12:48
Posted by:cinta(ct) asitiazlina@yahoo.com  - [Link]
Sun 1-Mar-2009 00:55
Posted by:jones
>> belum tengok lagi sebenarnya... Sun 1-Mar-2009 17:02
Posted by:<< jeff >>  - [Link]
salam... (nak panggil apa ye?)
thanks ye participate in EOG contest and gives the comment and support to me .. appreciate it very much! nnt ada contest lagi boleh try lagi k!

btw, lama dah nak tgk citer ni.. tapi tak dapat2
Mon 2-Mar-2009 18:16
Posted by:Zubye  - [Link]
Fizan kat mana yer..Adik ipar kak Dila kat Western University Perth..
Bila balik M'sia nih..???
Thu 5-Mar-2009 08:45
Posted by:Mama Dina&Dani  - [Link]
Huhuhu. Tak tengok lagi cerita ni. Actually takut nak tengok sebab takut nanti menangis2.. Hehehe. Fri 6-Mar-2009 12:46
Posted by:Amyz  - [Link]
Aku siap pinjam novel Ayat Ayat Cinta nih kat adik aku sbb org kata best..tapi pinjam dari pregnant sampai dah bersalin tak baca-baca...xminat sgtla baca novel Tue 17-Mar-2009 08:12
Posted by:Asma


Add your comment
Name
Email (optional)
Register for updates Register for this Fotopage update (requires email)
Register for entry comments update (requires email)

More...
Link URL (optional)
verification Code
fill in the below number in the box





View complete fotopage


© Pidgin Technologies Ltd. 2008.