Ntahlah, ibu tak rasa ada mood sangat kali ni. Nape ek? Raya biasa2 saja. Cuma tahun ni kami sekeluarga berkumpul di rumah baru Khala Sara ( kakak babah yang no-2 ). Rumah tu besar sikit so selesalah bila semua adik-beradik dan anak-anak menakan babah berkumpul. Memang riuh-rendah. Nurin pun kejap2 hilang. Bila dah jumpa dengan kakak2 dan abang2 sepupu dia tu, memanglah dah tak ingat kat ibu dan babah dia ni. Maklumlah ramai yang tukang melayan. Seronok jugak bila tengok Nurin menyanyi2 sambil main bunga api.
" Selamat Hali Laya !.." Selamat Hali Laya.." Tu jer yang dia ulang sampai berpuluh2 kali.
Raya pertama kami beraya di kampung babah, selepas menziarahi kubur Dada ( ayah babah ). Raya kedua pulak kami duduk di rumah saja sebab sibuk melayan saudara-mara babah yang datang bertandang. Raya ketiga i bu dan Nurin ikut babah ke 'open house' rumah member Irsyad dia. Ramai jugaklah yang berkumpul.Yang bestnya Nurinlah. Banyak dapat duit raya tue....  :-D . Raya keempat kami beraya di Kulim Heitech pulak. Rumah kawan-kawan babah lagi...Dapat duit lagi heheheheee....
Raya kelima kami semua berkonvoi ke Penang. Plan nak beraya di rumah adik-beradik Nani aka makcik-makcik babah lah... Sampai ke malam jugaklah kami berjalan. Penat tu jangan ceritalah. Tapi ibu happy, yelah bukan selalu dapat berkumpul dan berkonvoi ramai-ramai macam ni kan... Nak-nak lagi bila dapat makan yang sedap-sedap, memang best!  :->. Kami bertolak balik ke KL pagi Jumaat. Lepas breakfast dah bertolak sebab nak elakkan jem di tengah jalan. Tapi rupa2 nya kereta tak banyak pun.. Sebelum tengahari kami dah selamat sampai KL.
Itulah serba ringkas cerita hari raya kami sekeluarga. Gambar pun tak banyak ambil. Takdak mood jugak, lagipun babah bawa kamera, tapi tak bawa charger  :-S.
p/s : Sempat sambut hari jadi babah dan Khala Sara yang jatuh pada bulan September. Thanx to anak-anak menakan babah yang sudi sponsor  ;-)
Kali ni kami sambut besday Nurin di rumah wan. Rai bersama keluarga sahaja...Maklumlah, kan bulan puasa. Selepas solat terawikh, barulah sessi potong kek dan sessi makan2 dimulakan. Happy sangatlah si Nurin tu, senyum2 sambil ikut orang nyanyi lagu besday untuk dia.Cousins Nurin pun bersemangat semuanya bila menyanyi...terjerit-jerit penuh perasaan!  :->
Lepas makan, ada sessi main bunga api pulak. Ucu yang belikan bunga api untuk semua anak buah dia.. Ucu sekarang bekerja di Bahau, sanggup balik malam tu jugak sebab nak sama2 sambut harijadi Nurin. Malam tu budak2 lah yang paling happy sekali. Dapat makan kek, dapat jajan and dapat main bunga api. Nurin pun tak ingat dunia dah bila dapat berkumpul dengan sepupu2 dia..
Kali ni besday nurin di sambut dua kali. Satu tu dia sambut dekat nursery dengan kengkawan. Satu lagi ibu buat makan2 dengan family dekat umah wan selepas solat terawikh. Ingat lagi, bukan main happy nurin masa ibu bgtau yang tak lama lagi harijadi dia. Masa kami beli barang2 persiapan besday tu pun bukan main seronok dia. Ter-over rajin pulak tu masa tolong ibu masukkan makanan dan mainan dalam goody bag. " Ni nak bagi kekawan eh ibu?.."
Sepanjang hari tu ibu tengok nurin tersengih jer.. Dari pagi masa babah kejut and wish happy besday dekat dia ( walaupun muka mamai baru bangun tido ) sampailah ke malam. Ibu puas hati sangat bila  tengok anak ibu yang sorang ni gembira sepanjang hari.
Semoga panjang umur dan semoga berjaya dalam hidup anakku!!
I love u so much. mmmuaahhhh!!   :flowers:
Anak beranak ni memang peminat setia MU. Kadang-kadang bila depa berdua tengok game kat tv, kedengaranlah laungan ' GO MU!...GO MU!.." dari kedua-duanya. Tak pun, "Rooney!...Rooney!.."
Ermm...bosan jerk, bila depa tu dah conquered tv, maka ibu pun terpaksalah lelapkan mata lebih awal... Sekarang pun nurin dah kenal lambang MU, kalu nampak kat mana2 mesti dia terjerit-jerit " Manchester babah!...Manchester  babah!.."
Hai..bapak borek, anak rintik  :-)  Anak babah..
So, kita nak mulakan dari mana yer?...Ermmm... haa... untuk makluman, kami sekeluarga dah selamat pulang ke tanah air beberapa bulan yang lalu. Maka sempatlah kami berpuasa dan berhari raya bersama keluarga tercinta baru-baru ni.. Yer...masa nak tinggalkan rumah ( kat australia tue ), memang ada rasa sedih skit. Maklumlah, dah lama duduk sana kan..dah rasa macam rumah sendirik... Nak tinggalkan kawan-kawan pun, sedih gak.. Masa time to say good bye tu, pink2 jugaklah mata ibu ni menahan sebak. Tapi ibu tahan jugak sebab tak mau uncle bawak teksi tu gelakkan ibu.. Dia cuma senyum2 jer... Ibu pulak buat-buat muka macho. Sayu memang sayu.. Tapi bila teringatkan kata pepatah " hujan emas di negeri orang, hujan batu di negeri sendiri, lebih baik di negeri sendiri.."   :cry: ( Eh..betul ker peribahasa nie?? )
Sebenarnya ada banyak jugak cerita yang terlepas, tapi tak per..ibu akan cuba ceritakan satu-persatu.. Sekarang ni kita layan dulu cerita dan gambar-gambar terakhir kami di bumi Australia. Ni semua gambar kat airport and gambar di dalam flight. Nampak macam tak banyak beg kitorang kan... Haa... tu tak termasuk kotak-kotak yang dah selamat kitorang pos kan seminggu awal. Tapi dalam tak banyak beg kitorang tu pun, terlebih jugaklah kadar had yang dibenarkan. Nasib baik orang yang kat kaunter check-in tu handsome dan baik hati. Suka betul dia dekat Nurin, siap keluar dari kaunter semata-mata nak salam dengan 'makcik' tu.. She's so gorgeous! katanya... Dia cuma lekatkan tag 'Heavy' jer kat beg-beg kitorang.. Babah tak kisah kalu nak kena bayar,  cuma cuak jer kalu-kalu dia minta kuarkan barang..giler beb, mana nak campak barang-barang tu nanti!! :omg_wtf:
Anak saya ni memang suka naik flight, so memang takdak masalah lah.. Dia boleh dok diam bila layan cartoon, bila penat.. tido, makanan datang..makan, boring2..ajak babah nyanyi and main kad... Tu jerlah kejenyer sepanjang perjalanan kami... Sampai di KLIA mami sekeluarga, mama sekeluarga,dan wan dah sedia menunggu ketibaan kami..
khusyuknya anak-beranak ni tengok movie...
makan...makan lagi...main..dan tido!!
Destinasi kami yang pertama ialah Scenic World. Dekat sini ada kemudahan yang disediakan untuk pelancong menikmati keindahan semulajadi Blue Mountains dengan lebih dekat lagi. Ada 4 pilihan :
i)    Railway -  keretapi yang meluncur laju menuruni gaung dan belukar
ii)   Cableway -  kereta cable yang bergerak dari bawah gunung ke atas
iii)  Skyway -  lebih besar dari kereta kabel, tapi bergerak dari satu gunung ke satu gunung
iv)   Walkway  -  laluan jalan kaki yang disediakan untuk pelancong yang gemarkan jungle tracking
Sampai saja di Scenic World, terasa suhu sangat-sangatlah sejuknya. Maklumlah, kan semalam hujan lebat.. Kabus pun tebal giler!  Bila berada di atas ( masa menaiki Skyway), ibu terasa pening-pening lalat skit. Maybe sebab kami berada di tempat yang tinggi dengan suhu yang sejuk pulak tu. Sesekali kami menggigil kesejukan. Mama pun mengadu pening kepala. Tulah, mama terlupa nak bawa jaket. Kesian dia, babah nurin pun sama  :-S . Kami merasai sendiri pengalaman menaiki ke empat-empat benda tu. Dengan Skyway, kita dapat lihat pemandangan dari atas. Nampak air terjun, Three Sisters..tapi cuak jugak sebab lantai Skyway tue dibuat dari kaca tau, gerun jer bila tengok bawah!!
Memang best semuanya, dan yang paling best mestilah Scenic Railway! Memang adventure bila keretapi tu meluncur laju menuruni belukar dan gaung. Terasa macam cerita Indiana Jones plak hheheehee..  LOL  :P . Cableway pun ok, kita bergerak di atas pokok-pokok dan tebing batu seakan mendaki gunung. Tapi yang paling leceh, bila time Walkway. Yelah, semua budak dah kepenatan.. Semua tak mau jalan dah, nak dukung plak...  :-(
Dah puas berjalan dan ambil gambar di Scenic World, kami bergerak pulak ke Zig  Zag Railway. Perjalanan memakan masa lebih kurang 20minit untuk sampai ke sana. Budak-budak ni bukan main excited bila tengok ada gambar Thomas and his friends dekat pintu masuk Zig Zag Railway tue. Lagipun diorang tu semuanya tak pernah merasa naik keretapi, kecuali komuter and LRT jer. Itu pun boleh dikira berapa kali. Masa kami sampai, keretapi dah membunyikan hon dan mengeluarkan asap. Cepat-cepat ayah berlari membeli tiket dan nasib baik kami sempat naik. Kalu tak, terpaksa tunggu trip seterusnya.. kenalah tunggu satu jam lagi.. Mengembara dengan steam train ni mengambil masa lebih kurang 2 jam jugaklah.. Best bila dapat melihat pemandangan di kaki bukit, kerana train ni bergerak naik dan turun mengelilingi bukit. Ada tiga tempat persinggahan, dan setiap tempat persinggahan tu disediakan kedai menjual makanan ringan dan tempat istirehat. Setiap kali berhenti, train akan menambah arang untuk perjalanan seterusnya. Seronok dan riuh rendah bila setiap kali train membunyikan hon dan melepaskan asap ke udara. Semua penumpang akan bersorak dan bertepuk tangan, happening jer...  :-D  LOL
Ibu rasa hari tu memang meninggalkan pengalaman yang manis buat kami semua, especially budak-budak ni. Selesai semuanya, kami bergerak pulang sebab mama sekeluarga perlukan istirehat yang secukupnya. Esok mereka akan melalui perjalanan kapal terbang yang panjang... untuk pulang ke tanahair  :-)
Blue Mountains merupakan kawasan pergunungan yang terkenal dengan batu-batu semulajadi yang sangat cantik. Ia juga dikenali sebagai Australia's Grand Canyon kerana bentuk rupa buminya dikatakan mirip Grand Canyon di Arizona, Amerika Syarikat.Di sini juga terletaknya Three Sisters yang mana alkisahnya berasal dari tiga beradik perempuan yang telah ditukar menjadi batu. Mereka disumpah sedemikan bertujuan untuk melindungi dan menghalang mereka dari berkahwin dengan pasangan berlainan puak yang sedang bertelagah pada waktu itu. Boleh baca kisah Three Sisters ini selanjutnya http://www.bharian.com.my/Current_News/BH/Sunday/Kembara/20080817100236/Article/print_html( di sini ) atau http://www.australianexplorer.com/blue_mountains.htm( di sini )   :->
Kami sampai di Blue Mountains lebih kurang pukul 12 tengahari. 3jam perjalanan dari rumah kami di Long Jetty. Hujan gerimis menyambut ketibaan kami masa tu, suhu pulak sangat-sangatlah sejuknyer... maklumlah, namapun kawasan pergunungan kan.. Sampai-sampai saja kami bersiap-siap untuk makan tengahari. Pagi-pagi lagi ibu dah bangun untuk masak bekalan tau. Nasi putih dengan lauk daging masak kicap, ayam goreng berempah dan sayur kobis tumis goreng. Kesian, kami makan pun dalam kebasahan..  sebab tempat yang berbumbung semuanya sudah di duduki orang  :-( . Selesai makan, kami berjalan menyelusuri belukar Princess Rock Track untuk melihat air terjun dari pandangan atas. Penat juga berjalan, kesian mama dan ayah sebab terpaksa dukung abg a'an dan abg e'en bergilir-gilir. Nasib baik babah sanggup dukung nurin sepanjang jalan tu   :-D  . Tapi penat kami berbaloi, pemandangan dari atas memang sangat cantik! Tapi gambar tak berapa jelas disebabkan kabus yang sangat tebal dan sangat sejuk. Kami menghabiskan masa berjalan-jalan sambil menikmati keindahan dan kesegaran udara di kawasan ni. Sebenarnya kami memang plan nak bermalam di Blue Mountains, tetapi babah tak sempat nak booking hotel. Maka kami ambil keputusan untuk redah saja, bawa baju secukupnya.. kalau ada rezeki adalah... Ternyata nasib menyebelahi kami, walaupun setelah puas berpusing-pusing selama beberapa jam, turun naik hotel dan motel.. akhirnya dalam pukul 3 petang pencarian kami berakhir..   :P
Selepas Asar dan selepas berehat lebih kurang, kami pun meneruskan lawatan ke batuan Three Sisters. Mula-mula ambil gambar dari jauh jer, tapi babah tak puas hati. "Alang-alang dah sampai sini, jomlah pergi dekat. Cuba tengok kat tengah-tengah batu tu, ada orang tu!.." kata babah. Maka dalam kehujanan itu kami pun berjalan selama 15 minit menuju ke Three Sisters. Gayat jugak bila berdiri di jambatan gantung antara batuan tu. Tapi nak bergambar punya pasal, redah jugaklah heheheee... Memang puas hati bila dapat melihat sendiri dari dekat kejadian alam semula jadi yang mengagumkan ini. Batuan yang terhasil sangat cantik bagai diukir-ukir. Warnanya yang pelbagai dan berlapis-lapis seakan kertas kanvas yang diwarna dengan cat. Sungguh menakjubkan!!...  :omg_wtf:
Malam tu nurin tertidur di bilik mama. Mama cakap, mula-mula dia seronok bermain dengan abang-abang dia tu, tiba-tiba semuanya senyap.. tertidur kepenatan agaknyer.. . Ibu pun tidur awal, sebab esok banyak lagi tempat yang ingin kami lawati, kena simpan tenaga. Harap-harap budak-budak ni pun semuanya sihat dan bersemangat untuk berjalan esok. Maklumlah, petang tadi semua kuyup dibasahi hujan..takut jugak kalau demam nanti..  :-S
p/s : Esok kami nak ke sini...
dan sini... :->  :-D
Sebenarnya ibu ,babah and nurin dah pernah ke sini. Tapi memandangkan mama nak tengok kangaroo yang lepas bebas, boleh diberi makan.. maka kami pun bawalah mereka sekali lagi ke Australian Reptile Park ni. Yang herannya, mama tu mula-mula beriya nak tengok kangaroo, tapi bila binatang tu datang dekat, dia pulak yang lari. Nak amik gambo pun sebatu jauhnyer. Takut pulak dah!!  :scared: Hari tu kami bawa bekal nasi goreng dengan buah-buahan. Kat sini kami puas bergambo. Kat dalam semak belukar pun jadi hehee...
Abang a'an dan abg e'en seronok sangat, berlari ke sana-sini. Nurin tak berapa ligat, sebab kaki dia masih sakit kot.. Ermmm, lupa nak cerita kan.. Masa hari yang kami nak berjalan ke Sydney tu, nurin terjatuh semasa dia bermain kejar-kejar dengan abg e'en.. Luka kedua-dua kepala lutut. Terkoyak kulit, ngeri ibu tengok darah dia.. Tapi nurin kuat, dia tak nangis meraung,,( walaupun kena tangan jugak dengan ibu ). Dia cuma merengek sikit menahan sakit. Masa ibu basuh luka pun dia cuma mengaduh perlahan.." Aduuh..aduih..sakit ibu!!..." Kesian jugak, tapi tulah lasak sangat.. Masa tu mama berbisik pada ibu. " Nasib baik dia ni jenis tahan sakit kan..Kalu orang lain tu dah meraung agaknyer .."  :cry:  Tulah, kekadang ibu pun heran jugak. Masa nurin kecil, setiap kali kena monthly enjection dia mesti tak menangis. Cuma menjerit sikit jer masa jarum masuk.. Ibu fikir maybe dia dah lali kot.. maklumlah selepas nurin lahir dulu, 3hari dia kena tahan wad ( jaundice). Setiap hari ibu tengok doktor ambil darah dekat bahagian kaki. Entahlah..maybe sebab tulah kot, ibu pun tak tau.. $-)
Balik dari Australian Reptile Park, kami berehat sekejap. Tapi ibu and mama bersiap-siap pulak nak buat makan untuk minum petang. Kami bercadang nak ke Avoca Beach plak lepas ni. Saja nak bawa budak-budak tu mandi-manda. Ibu goreng cucur udang. Kebetulan aunty Ita (jiran sebelah rumah ) ada bagi kami kek orange, maka banyak jugaklah bekal kami petang tu.. Siap bawak teko ( teh panas ) lagi, jangan marah!! Maklumlah, minum petanglah katakan kan... :-D . Ibu dan mama bawa baju, tapi takut nak mandi... Sebab air dia sejuk giler!! Budak-budak tu pun dah menggigil-gigil sampai biru-biru bibir, tapi biasalah..selagi kita tak panggil naik, memang depa leka. Kami sampai rumah masa tu dah nak pukul 8 malam. Semua kepenatan... Tapi bagi ibu, perjuangan belum berakhir. Lepas ni nak kena masak sikit, untuk di bawa sebagai bekal. Esok seawal pagi kami dah nak kena keluar... ;-)
p/s : Oh yer, gambar yang ada lighthouse tu masa kami singgah di Norah Head.  8-)